Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Gladiators bedil Harimau Selatan! Posted: 07 May 2013 03:59 PM PDT Marlon ledak dua gol bant u Tentera benam Johor DT 2-0 Seremban: Penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James sekali lagi membuktikan ketajaman miliknya depan gawang apabila meledak dua gol ketika membantu Tentera menewaskan Johor Darul Takzim 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Johor DT pula kini tergelincir satu anak tangga, dipintas Selangor yang mengutip satu mata di Kuantan selepas seri 2-2 menentang Pahang. Selangor dan Johor DT masing-masing mengutip 25 mata - enam di belakang Lions XII. Cekap baca gerakan Marlon tidak menunggu lama untuk menguji gawang Johor DT yang dikawal Al Hafiz Hamzah, namun harapan Tentera mendahului seawal minit keenam, hampa apabila tandukan penyerang importnya tersasar. Selang tujuh minit, Marlon sekali lagi mengancam kubu anak buah Fandi Ahmad, bagaimanapun Al Hafiz cekap membaca pergerakan pemain St Vincent & Grenadines itu dan menangkap kemas tandukannya. Bersambung babak kedua, Tentera meneruskan asakan dan akhirnya memecah kebuntuan menerusi Marlon pada minit ke-54 yang menanduk kemas hantaran Bruno Martelotto menewaskan Al-Hafiz. Sembilan minit kemudian, dia melebarkan kedudukannya di senarai penjaring musim ini dengan gol kedua malam tadi hasil rembatan padu dari dalam kotak penalti selepas menggelecek dua pertahanan lawan. |
Perak pastikan NS terus tertekan Posted: 07 May 2013 03:59 PM PDT Ipoh: Negeri Sembilan semakin tertekan terus gagal meraih sebarang kemenangan selepas 15 perlawanan apabila tumpas 2-1 kepada Perak di Stadium Perak, malam tadi sekali gus menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin itu kekal terdampar di tangga tercorot Liga Super. Jaringan Paulo Rangel dan Mohd Azlan Ismail pada setiap babak membolehkan anak buah Azraai Khor Abdullah menghadiahkan kemenangan kepada 15,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan yang pertama kali diadakan di Ipoh, musim ini. Tanduk hantaran silang Rangel membuka jaringan pada minit ke-21 apabila menanduk masuk hantaran silang Yong Kuong Yong pada minit ke-13 untuk gol pemisah babak pertama. Bersambung babak kedua tuan rumah menggandakan asakan dan berjaya mengukuhkan kedudukan 2-0 menerusi jaringan Azlan pada minit ke-61 sebelum Negeri Sembilan merapatkan jurang melalui jaringan Mohd Nazrin Md Nawi pada masa kecederaan. Dengan kekalahan itu, Negeri Sembilan kekal tercorot dengan hanya mengumpul tujuh mata manakala Perak yang tewas 3-1 kepada FELDA United, Jumaat lalu berjaya mengumpul 21 mata hasil kemenangan keenam itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |