{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


2 maut motosikal bertembung

Posted: 14 May 2013 01:48 AM PDT

BALING : Dua penunggang motosikal yang tinggal di sebuah taman yang sama maut apabila motosikal mereka bertembung secara bertentangan di Kilometer (KM) 32.9, Jalan Sungai Petani – Baling, berdekatan Kampung Binjul Luar, kira-kira jam 8.25 malam semalam.

Kedua-dua mangsa, Mohd Hafiz Amirulzaman Zainol Abidin,28, dan V.Punithan,26, tinggal di Taman Sheikh Fadzir, Pekan Tawar, Kuala Ketil.

Mohd Hafiz dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman berkenaan selepas selesai menjalankan kerjanya di sebuah kilang Inokom.

Motosikal yang ditunggang Mohd Hafiz dalam perjalanan dari Kulim ke Tawar sebelum bertembung dengan V.Punithan dari arah Tawar ke Kuala Ketil. Kedua-dua mereka menunggang motosikal dan bertembung di jalan berkenaan kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.


Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Enam pengikut ajaran sesat mengaku bersalah

Posted: 14 May 2013 01:37 AM PDT

KUANTAN: Seramai enam orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lepas.

Husin Ismail, Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Mohd Khalilie Zazali, Syahiszam Soid, Mohd Nizam Mohd Salleh dan Mohd Shahril Mohd Jaafar didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan 27 Ogos untuk jatuh hukum berikutan wujud masalah teknikal pada barang-barang bukti yang dirampas pada tarikh tertuduh ditangkap.


Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fahmi Abd Jalil. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat