Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Setiausaha PKR dituduh anjur perhimpunan haram Posted: 27 May 2013 01:26 AM PDT KUANTAN: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, Kamarzaman Mohamed Yunus mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram pada 14 Mei lalu. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Fathiyah Idris ketika kes berkenaan disebut di dalam kamar, hari ini.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 27 Jun depan untuk sebutan semula kes. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27 |
Yazid didakwa ahli Tanzim Al-Qaeda Malaysia Posted: 27 May 2013 01:03 AM PDT AMPANG: Genap seminggu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Kali ini, Yazid dan pembantu kedai, Muhammad Hilmi Hasim, didakwa menjadi ahli sebuah kumpulan pengganas yang dinamakan Tanzim Al-Qaeda Malaysia. Kedua-dua mereka faham akan pertuduhan itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |