Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Drebar menjerit minta diselamat Posted: 26 May 2013 11:36 AM PDT Baling: "Saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai apabila tersepit di tempat duduk pemandu dengan kepala menjunam ke bawah selepas lori terhumban ke dalam anak sungai." Begitu kata Muhammad Rahmat Kamarudin, 33, apabila lori dipandunya terhumban ke dalam anak sungai selepas melanggar besi penghadang jambatan di Kilometer 33.4 Jalan Sungai Petani-Baling, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar, jam 4.30 petang kelmarin.
Muhammad berkata, sebaik tiba di jambatan itu, dia tergaman dan tidak dapat mengawal lori berkenaan lalu melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam anak sungai.
BOMBA berusaha mengeluarkan Muhammad yang tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori dipandu terjunam ke dalam sungai. Menurutnya, dia tidak pernah melalui jalan itu untuk ke Terengganu, tetapi bernasib baik kerana penduduk yang tinggal berdekatan datang membantu sebelum mendapat pertolongan daripada polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan mengesahkan kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Baling kerana mengalami kecederaan di kaki, kepala dan tangan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |