{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Polis tahan lelaki disyaki terbabit kes samun

Posted: 28 May 2013 12:50 AM PDT

KANGAR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun berkawan di Bukit Keteri selepas melepaskan tiga das tembakan ke arah kenderaan yang dipandu suspek di kawasan Kuala Perlis Ahad lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Perlis DSP Teoh Paik Leng berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas kereta yang dipandunya itu terbabas di tepi jalan Bukit Tok Poh.

"Polis sebelum itu terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kereta lelaki terbabit apabila dia cuba melanggar seorang anggota polis yang cuba menahannya," katanya.

Beliau berkata polis berjaya menjejaki suspek pada pukul 11.10 pagi hasil maklumat awam.


Lelaki itu kini direman sehingga 2 Jun, katanya sambil memberitahu bahawa polis kini mencari seorang lagi yang dikenali sebagai Choong Hooi Lean, 29, beralamat terakhir di No 69C, Taman Utara Jaya, Kuala Perlis untuk membantu siasatan kes samun itu.


Dalam kejadian pada 7.05 petang Sabtu lepas, dua lelaki dilapor melarikan wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit bernilai RM500 dari sebuah kedai menjual telefon di Bukit Keteri, Padang Besar.

Dua lelaki terbabit dikatakan menggunakan dua batang kayu untuk menyerang dua mangsa di premis itu menyebabkan peniaga kedai telefon berusia 35 tahun cedera di kepala dan menerima lima jahitan manakala pembantu kedai berusia 17 tahun menerima tujuh jahitan di bahagian belakang kepala. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28

Bot ekspres karam di Belaga

Posted: 27 May 2013 11:38 PM PDT

SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, hari ini.

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.

Ketika kejadian yang dilapor antara jam 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada jam 8 pagi.


Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.


Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat