Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Kereta terbang sebelum terbalik Posted: 27 May 2013 11:27 AM PDT Kuantan: "Memang macam dalam filem apabila saya melihat sebuah kereta secara tiba-tiba berpusing dan terbalik melanggar laluan pejalan kaki. "Saya terus berlari untuk melihat keadaan pemandu dan membantunya keluar kerana bimbang kalau-kalau keretanya terbakar," kata pengawal keselamatan, Mohd Norakmal Abdullah, 48, saksi kejadian sebuah kereta terbalik di Jalan Tun Ismail 1, di sini, semalam.
Mohd Norakmal berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugasnya di sebuah premis syarikat telekomunikasi sebelum mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah kereta jenis Perodua Kembara 'terbang' sebelum terbalik.
KERETA dipandu mangsa yang terbalik di Jalan Tun Ismail 1, semalam. Sementara itu, Cheryl berkata, dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku sebaliknya hanya tersedar apabila keretanya sudah terbalik.
"Sebaik membelok ke jalan ini (Jalan Tun Ismail 1) kereta saya bagaikan hilang kawalan dan selepas itu saya sudah tidak ingat apa-apa lagi..sedar-sedar saja kereta saya sudah terbalik," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |