Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 06 May 2013 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang tadi. Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06 |
Posted: 05 May 2013 01:18 PM PDT Alor Gajah: Dua petugas lelaki sebuah parti politik cedera dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai daripada parti lawan di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Mangsa berusia 37 dan 20 tahun diserang menggunakan topi keledar, kerusi kayu dan besi pengunci motosikal oleh lima lelaki di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rantau Panjang kira-kira jam 3.45 petang.
"Kumpulan lelaki itu kemudian menyerbu masuk ke dalam bilik dan terus menyerang mangsa menggunakan topi keledar dan mangsa yang tidak dapat mempertahankan diri terjatuh.
Katanya, keadaan menjadi bertambah kecoh dan lima lelaki itu melarikan diri ke arah bilik gerakan sebuah parti terletak kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, bertindak atas kejadian itu, dua lelaki ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |