Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Polis Johor buat laporan difitnah Posted: 08 May 2013 03:43 AM PDT JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menjadi mangsa fitnah apabila dituduh menggunakan trak miliknya untuk membawa pengundi hantu warga asing ke pusat pengundian, Ahad lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut mengesahkan, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan siasatan lanjut kini dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) terbabit yang mengeluarkan berita palsu itu.
"Fitnah itu didakwa berlaku di Batu Pahat, ia tidak berasas sebaliknya hanya mencemarkan kredibiliti PDRM. "Trak berkenaan sebenarnya digunakan untuk membawa anggota polis yang bertugas bagi memastikan suasana pembuangan undi berjalan lancar serta aman," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Beliau turut berharap pihak berkaitan berfikir sebelum menyebarkan fitnah seperti itu. "Kami melihat ada aliran di media sosial untuk menyebarkan fitnah sebegini. Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana kami melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan proses demokrasi berjalan lancar," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
Lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat Posted: 07 May 2013 11:20 PM PDT NIBONG TEBAL: Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun, di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dihampiri seorang lelaki yang memakai topi keledar kira-kira jam 11 malam dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.
Beliau berkata tembakan itu mengenai kepala lelaki berusia 43 tahun itu dan dia dihantar ke Hospital Sungai Bakap, di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang. "Lelaki itu kini berada dalam keadaan koma," katanya di sini hari ini.
Mazlan berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian tembakan itu. "Kami akan mengambil keterangan daripada saksi kejadian dan anggota keluarga mangsa serta rakan-rakannya," katanya. Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |