Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad
- Guna anjing kesan gempa bumi
- Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan
Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad Posted: Tiga wanita hilang ditemui selepas satu dekad
CLEVELAND, Amerika Syarikat - Tiga wanita yang diculik sedekad lalu ditemui dalam keadaan masih hidup di sebuah rumah di sini kelmarin. Polis berkata, pihaknya menahan tiga adik-beradik lelaki termasuk seorang pemandu bas berhubung kehilangan mereka. Tiga wanita tersebut iaitu Gina DeJesus, 23, Amanda Berry, 24, dan Michelle Knight ditemui dalam keadaan sihat. Media AS melaporkan, Berry hilang pada 2003 manakala DeJesus pada 2004 ketika mereka masih di usia remaja. Stesen televisyen CNN pula melaporkan bahawa Knight didapati hilang pada 2000 pada usia 20 tahun. Menurut polis, mereka menyerbu kediaman tersebut selepas menerima panggilan kecemasan daripada Berry. Wanita itu dibebaskan daripada kediaman itu oleh seorang jiran yang terdengar jeritan mangsa. "Tolong saya! Saya Amanda Berry, saya diculik dan hilang selama 10 tahun. Saya kini bebas," menurut rakaman percakapan Berry dengan operator perkhidmatan kecemasan 911. Semasa membuat panggilan tersebut, mangsa mendedahkan nama penculiknya dan memberitahu, dia berada di luar rumah tempat dia dikurung. Berry juga merayu polis supaya segera ke tempat kejadian. Jiran berkenaan, Charles Ramsey memberitahu dalam wawancara bersama CNN, dia melihat Berry berusaha untuk keluar daripada pintu rumah yang belum terbuka sepenuhnya apabila tiba di kediaman tempat mangsa dikurung. "Saya melihat dia panik dan seboleh-bolehnya mahu membuka pintu dan keluar dari rumah itu," kata Ramsey. Menurut lelaki tersebut, dia melihat Berry muncul daripada kediaman itu bersama seorang budak perempuan. Polis yang menyerbu rumah tersebut tidak lama kemudian turut menemui DeJesus dan Knight. Ketiga-tiga wanita itu kemudian dibawa ke sebuah hospital dan berada dalam keadaan selamat. "Kita jarang mendengar kisah penculikan seperti ini berakhir dengan selamat," kata pegawai hospital berkenaan, Dr.Gerald Maloney. Beliau enggan mengulas laporan media bahawa dua kanak-kanak turut ditemui bersama tiga wanita tersebut di kediaman itu. Tiga suspek yang masing-masing berusia 50, 52 dan 54 tahun kini ditahan untuk soal siasat. Seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Ariel Castro, 52, yang merupakan pemandu bas sekolah awam di sini. - Agensi | |
Posted: Guna anjing kesan gempa bumiSELAIN digunakan untuk mencari mangsa bencana yang terselamat, anjing juga dipercayai boleh mengetahui gempa bumi yang akan berlaku.- AFP BEIJING - Sebuah bandar di China menggunakan anjing untuk meramal kejadian gempa bumi, kata sumber rasmi pada Selasa lalu selepas media negeri itu melaporkan ramai penduduk merungut mengenai amaran palsu berbentuk salakan itu. China kerap dilanda gegaran seismik. Kira-kira 200 orang mati atau hilang dalam kejadian gempa bumi di wilayah Sichuan pada bulan lepas sementara beratus-ratus ribu terbunuh dalam bencana besar sebelum ini. Jawatankuasa gempa bumi Nanchang menggunakan anjing kerana mendakwa, haiwan tersebut akan bertindak luar biasa sebelum gempa bumi berlaku. Malah pernah terjadi bencana itu berjaya dikesan sepuluh hari lebih awal, kata seorang pegawai, Song. Namun, ramai penduduk mengadu di laman media sosial bahawa keadaan pada waktu malam di kawasan itu terlalu bising dengan salakan haiwan tersebut. "Saya tidak tahu ada berapa ekor anjing di pejabat pihak berkuasa gempa bumi Nanchang, tetapi setiap pukul 11 malam haiwan itu akan mula menyalak," kata seorang penduduk. - AFP | |
Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan Posted: Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaanSEKUMPULAN anggota polis wanita Indonesia melakukan tarian Gangnam Style di tengah-tengah perhimpunan tunjuk perasaan sempena Hari Buruh di Indonesia baru-baru ini. - AFP SURABAYA - Sekumpulan anggota polis wanita di Indonesia mengambil pendekatan luar biasa untuk mengawal orang ramai yang berhimpun sempena Hari Buruh di Jakarta baru-baru ini. Kumpulan anggota polis wanita itu telah menyelinap masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan tersebut lalu mempersembahkan tarian Gangnam Style untuk menghiburkan para penunjuk perasaan. Beribu-ribu penunjuk perasaan di bandar Surabaya dekat Jawa timur di sini bersorak kegembiraan apabila kira-kira 80 pegawai wanita tersebut melakukan tarian kuda yang dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi muzik videonya, Gangnam Style. Sebahagian daripada 5,000 penunjuk perasaan itu kemudian turut tidak melepaskan peluang menyertai anggota polis berkenaan melakukan tarian kuda. Kesemua anggota polis itu memakai pakaian seragam biasa yang berwarna gelap bersama cermin mata hitam dan topi. "Kami telah berlatih sejak tiga hari lalu. Saya fikir ia satu tindakan yang betul kerana berjaya membantu semua orang untuk bertenang dan gembira," kata pegawai tertinggi polis wanita di kawasan tersebut, Elly Wahyuningtyas. Tambahnya, mereka telah melakukan tarian itu sebanyak dua pusingan yang mengambil masa selama setengah jam. "Mereka semua juga kelihatan cantik," tambahnya. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |