{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


'Bukan maknanya saya sempurna'

Posted: 26 May 2013 04:11 AM PDT

"Saya bertudung kerana Allah dan penghijrahan yang dilakukan ini pun rahsia Allah," Itulah jawapan pelakon terkenal Lisdawati ketika diminta mengulas penampilan barunya yang meraih pelbagai reaksi daripada pihak media dan peminat ketika ini.

Secara peribadi, kata pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 34, proses penghijrahan yang dilakukannya itu adalah secara perlahan-lahan dan bukannya berubah dalam masa yang singkat.

"Bila saya melakukan perubahan dari segi penampilan bukanlah bermaksud saya akan menjadi sempurna dalam segala hal. Terus terang, saya bukan berasal daripada keluarga yang mengenakan jubah dan purdah. Bagi saya, menutup aurat adalah satu proses peralihan dalam hidup saya sekarang.

"Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam proses menjadi muslimah yang lebih baik. Saya sangat berharap, peminat di luar sana menerima perubahan imej saya secara perlahan-lahan dan janganlah terus menghukum sekiranya ada kenyataan saya yang disalahertikan orang," katanya.

Foto

FAUZI mahu Lis terus bertudung.

Foto

LIS bersama dua anak tiri.


Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, hasratnya untuk mengenakan tudung sudah dipendam apabila kembali daripada menunaikan umrah dua tahun lalu.


Semuanya bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon lain termasuk Eja sempena penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima yang membabitkan lokasi di Tanah Suci Makkah, ketika itu.

"Sebaik kembali daripada menunaikan umrah, saya mula melakukan perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan pakaian menutup aurat seperti baju berlengan panjang dan labuh. Sehinggalah, hati saya terus terbuka untuk bertudung sepenuhnya kira-kira tiga minggu lalu," katanya.

Diminta mengulas isu dirinya yang didakwa tidak keberatan membuka tudung demi tuntutan watak, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu kenyataan yang dibuat nanti menimbulkan salah faham hingga peminat terus menghukum saya pula. Saya sangat berharap janganlah isu itu diperbesarkan lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berlakon adalah periuk nasi saya sejak dulu.

"Takkanlah saya nak berhenti berlakon semata-mata sebab bertudung? Karier saya adalah pelakon dan saya perlu bekerja dan membantu suami untuk menyara kami sekeluarga. Soal watak pula, saya akan berusaha mengelak watak yang memerlukan saya memakai baju seksi atau memilih watak yang lebih sesuai dengan penampilan baru sekarang.

"Bagaimanapun, saya merancang untuk menjadi penerbit kerana lebih mudah kita menentukan watak yang lebih sesuai dengan diri apabila kita berlakon dalam produksi sendiri," katanya.

Lisdawati ditemui pada majlis Amazing Red, Kurung, Kebaya & Hijab yang berlangsung di The Weld, baru-baru ini.

Bercerita perkembangan karier seni, kata Lisdawati yang sudah sedekad berlakon, dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan daripada produksi yang berminat mengambilnya berlakon.

Walaupun sudah bertudung, saya masih berlakon macam biasa. Saya juga baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul Dari Asar Ke Maghrib arahan Murali Abdullah yang diterajui pelakon veteran, Maimon Mutalib. Cerita ini menarik kerana watak itu memang dihasilkan untuk kak Maimon.

"Selain itu, kini saya sudah bersedia untuk memegang watak ibu berbanding dulu. Saya percaya watak seperti itu juga boleh menjadi watak utama dalam sesebuah drama," katanya.

Hijrah Lisdawati dapat sokongan Fauzi

Pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, mengakui dia sudah pun mengetahui hasrat isterinya untuk bertudung selepas mereka kembali daripada menunaikan umrah pada 2012. Kali pertama mereka menunaikan umrah bersama ialah pada 2011.

"Lis ada beritahu niatnya untuk bertudung itu tapi hatinya masih belum terbuka ketika itu. Bagi saya pula, suami mana yang tidak suka isterinya bertudung tapi saya suruh dia fikir masak-masak kerana dia rancak memenuhi undangan berlakon ketika itu. Kalau sudah pakai tudung peluangnya untuk pegang pelbagai watak agak terbatas.

"Saya juga tidak mahu dia pakai tudung kerana alasan tertentu seperti malu kalau sebab baru balik dari umrah. Maklumlah, kami pelakon sepenuh masa dan periuk nasi kami dalam bidang lakonan," katanya yang sibuk mengarah drama komedi Aiman Tempe Mania untuk saluran Astro Prima.

Bagaimanapun, kata Fauzi, dia hanya dapat tahu isterinya sudah berhijrah kira-kira dua minggu lalu.

"Lis menghantar gambarnya sudah bertudung menerusi MMS. Saya agak terkejut tetapi pada masa sama, saya terharu dan bersyukur. Lis juga beritahu saya, akhirnya dia sudah dapat satu nikmat yang dia tidak boleh cerita pada orang lain kerana semuanya rahsia Allah.

"Sebelum memutuskan untuk bertudung, Lis memang kerap mengikut anak sulung saya, Nurul Hainil Fatihah, 18, yang menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang ke kelas agama dan usrah. Saya juga turut berdoa semoga Lis akan terus kekal bertudung sampai bila-bila pun," katanya.

Fauzi memiliki empat anak hasil perkahwinan terdahulu. Selain Fatihah, tiga lagi anaknya ialah Fareez, 16, Farisha, 14 dan Fikri, 11.

Hasil perkongsian hidup dengan Lisda, pasangan ini memiliki dua cahaya mata, Nur Aini Farhana, 5; Nur Aina Faznesya, tiga tahun setengah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat