Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
RM70,000 lesap kejar aset RM50j Posted: 22 May 2013 03:48 PM PDT Shah Alam: Gelap mata kerana ingin memiliki aset bernilai lebih RM50 juta, seorang lelaki berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sehingga RM70,000 selepas melakukan transaksi wang 20 kali kepada beberapa wanita yang hanya dikenali melalui perbualan telefon bermula Ogos 2011 sehingga Februari tahun lalu. Bagaikan dipukau, duda yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 47, melakukan transaksi pertama sebanyak RM3,000 kononnya bagi menampung kos perubatan seorang wanita misteri bernama Nur Heliza Helmi iaitu sepupu kepada seorang wanita lain dikenali Saodah di Hospital Singapura dan ia kemudian berlarutan kepada bantuan kewangan kepada Saodah.
Bagaimanapun, wanita itu memberi tawaran untuk memberi aset miliknya berharga RM50 juta sebagai membayar hutang dan membalas budi baik lelaki itu.
DIN menunjukkan laporan polis yang dibuat. "Saya mula mengenali Saodah selepas mendapat satu mesej dalam laman sosial Facebook melalui adik saya yang menyatakan kawannya memerlukan bantuan kewangan akibat kanser serta memerlukan rawatan segera. Atas dasar simpati itu saya bersetuju membantu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |