Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Program pengajian Sijil Pembimbing Ibadat Haji
- Mahasiswa, kakitangan ikuti Syarahan Akademik Profesor Adjung
- Pelajar Politeknik Muadzam Shah lawat Muzium Sungai Lembing
Program pengajian Sijil Pembimbing Ibadat Haji Posted: Program pengajian Sijil Pembimbing Ibadat Haji
TAMAT. Seramai 45 peserta mengikuti program pengajian Sijil Pembimbing Ibadat Haji anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof. Dr. Hajah Mustafa Mohd. Hanefah berkata, program itu merupakan hasil usaha sama yang terjalin antara USIM dan Lembaga Tabung Haji sejak tahun 2010. "Program pengajian itu telah melahirkan ramai pembimbing ibadat haji di Tanah Suci yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengajian ibadat haji melalui pembelajaran yang sistematik. "Saya berharap semua peserta menghayati semua ilmu, maklumat dan kemahiran yang diperolehi seterusnya mampu membimbing bakal jemaah dengan berkesan," katanya ketika merasmikan majlis penutup program tersebut. Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Haji) TH, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman. | |
Mahasiswa, kakitangan ikuti Syarahan Akademik Profesor Adjung Posted: Mahasiswa, kakitangan ikuti Syarahan Akademik Profesor AdjungMAHASISWA dan kakitangan UniMAP yang mengikuti Syarahan Akademik Profesor Adjung di Arau, Perlis baru-baru ini. SEMANGAT. Lebih 200 mahasiswa dan kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengikuti Syarahan Akademik Profesor Adjung yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Arau, Perlis baru-baru ini. Syarahan bertajuk 'Do You Have What It Takes To Be A Successful Entrepreneur' disampaikan dua orang tokoh ternama, iaitu Pengerusi Eksekutif Proven Group of Companies, Datuk Yusof Jusoh dan konsultan daripada Maybank Shariah Indonesia, Baharudin Abd. Majid. Antara isu yang dikupas dalam syarahan akademik tersebut mengenai peluang dan cara untuk berkecimpung dalam bidang usahawan sehingga menjadi jutawan telah membakar semangat para hadirin. Turut hadir pada program tersebut ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal. | |
Pelajar Politeknik Muadzam Shah lawat Muzium Sungai Lembing Posted: Pelajar Politeknik Muadzam Shah lawat Muzium Sungai LembingPARA pelajar Politeknik Muadzam Shah bergambar selepas melawat Muzium Sungai Lembing di Kuantan baru-baru ini. LAWATAN. Seramai 42 pelajar Politeknik Muadzam Shah, Rompin mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sungai Lembing di Kuantan, Pahang baru-baru ini. Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan para pelajar terhadap nilai sejarah yang terdapat dalam kegiatan industri perlombongan bawah tanah di Sungai Lembing sejak 1888 hingga ia ditutup pada 1986. Lombong tersebut diberi nama jolokan el-Dorado Timur dan merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang terkaya, terpanjang dan paling dalam di dunia. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |