Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kor Kadet IPK Pulau Pinang sertai perkhemahan
- Pelajar UiTM terima diploma
- Kumpulan Go Girls mendaki Bukit Broga
Kor Kadet IPK Pulau Pinang sertai perkhemahan Posted: Kor Kadet IPK Pulau Pinang sertai perkhemahanABDUL RAHIM (tengah) mendukung salah seorang peserta Perbarisan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-43 Kontinjen Pulau Pinang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. BERKUMPUL. Sebanyak 580 ahli Kor Kadet Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang berkumpul dalam satu perkhemahan sempena Perbarisan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-43 peringkat negeri yang diadakan di Pusat Ko-kurikulum Negeri, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. Pada perkhemahan selama empat hari yang berakhir pada 21 Mei lalu, platun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah telah dinobatkan sebagai platun terbaik bagi kedua-dua kategori putera dan puteri. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang hadir pada majlis penutup program itu berkata, kewujudan pasukan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah bukan sahaja mampu meningkatkan disiplin pelajar tetapi turut mampu mengelak golongan itu daripada terjerumus dalam kegiatan jenayah juvana. |
Posted: Pelajar UiTM terima diplomaSEBAHAGIAN daripada pelajar Sains Komputer UiTM yang menerima diploma di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. GRADUASI. Sebanyak 915 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dianugerahkan diploma dan ijazah mengikut bidang pengajian pada sidang ke-16 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Selain pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, istiadat konvokesyen pada hari itu turut disertai graduan dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Muzik yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Istiadat konvokesyen UiTM yang ke-78 diadakan pada 11 hingga 21 Mei lalu merangkumi 17 sidang keseluruhannya telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. |
Kumpulan Go Girls mendaki Bukit Broga Posted: Kumpulan Go Girls mendaki Bukit BrogaKUMPULAN Go Girls dan sebahagian ahli PNGL sebelum mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor baru-baru ini. CABARAN. Sebanyak 20 orang ahli kumpulan Go Girls yang bernaung di bawah komuniti Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor baru-baru ini. Program pertama kali anjuran kumpulan tersebut bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar sambil melakukan aktiviti yang sihat. Menurut Penyelaras Program, Syazana Aminolah, mereka mahu membawa satu kelainan dalam aktiviti-aktiviti PNGL yang banyak didominasi golongan lelaki semata-mata. "Kali ini kita buat sedikit kelainan dengan mengumpulkan ibu-ibu dalam PNGL dan tunjuk kebolehan masing-masing tetapi mendapat sokongan kuat daripada suami dan keluarga masing-masing," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta kaum wanita atau ibu yang berminat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Go Girls bolehlah melayari Facebook PNGL untuk mendaftar keahlian. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |