Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Menteri Sarawak bergaji besarOleh MULLER ASEN
KUCHING – Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012. Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di sini semalam. Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh (gambar kecil). Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992. "Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000). "Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000)," katanya. Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta. | |
Enam pendaki Felda takluk Everest Posted: Enam pendaki Felda takluk EverestKUALA LUMPUR - Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut semalam. Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Mohd. Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, Zainudin Lot dan Muhammad Illaham Ishak,. Menurut sumber, pendaki termuda Mohd. Nasuha, 21, menawan Gunung Everest pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal (10.46 pagi waktu Malaysia). Ini diikuti Mohamad Asyraf, 25, pada pukul 8.48 pagi (11.03 pagi) dan Muhammad Hafizuddin, 22, pada pukul 9.11 pagi (11.25 pagi). Jurulatih mendaki, Zainudin, 37, pula tiba di puncak tersebut pada pukul 10.16 pagi (12.31 tengah hari), Myrza Fasha pada pukul 10.30 pagi (12.45 tengah hari) dan diikuti seorang lagi jurulatih, Muhamad Illaham pada pukul 11 pagi (1.15 petang). Sementara itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada enam pendaki tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dan Felda khususnya. Beliau berkata, latihan dan penat lelah mereka nyata tidak sia-sia kerana usaha itu menunjukkan potensi yang ada dalam diri rakyat Malaysia jika diberikan latihan dan peluang yang sesuai. "Tahniah kepada anak-anak Felda yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, kami akan menanti kepulangan mereka kelak," katanya ketika dihubungi semalam. Mohd. Nasuha dan Myrza Fasha berasal dari Felda Tersang 3 di Raub, Pahang manakala Mohamad Asyraf dari Felda Lok Heng Timur di Kota Tinggi, Johor dan Muhammad Hafizuddin dari Felda Chini Timur 1, Pahang. Ekspedisi anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH) itu disertai 12 lagi pendaki sokongan terdiri daripada tujuh anak Felda dan lima pendaki KE7B. Ekspedisi yang disertai oleh Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selaku Ketua Ekspedisi itu bermula pada 2 April lepas. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 1 Jun ini. | |
Guna nama Kementerian Pendidikan Posted: Guna nama Kementerian PendidikanMUHYIDDIN bersama Idris (kanan) pada sesi taklimat di Kementerian Pendidikan di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Penyeragaman struktur Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringkaskan nama kedua-dua kementerian itu kepada Kementerian Pendidikan dan diharap mendapat persetujuan dalam tempoh segera. "Proses pencantuman kedua-dua kementerian ini bukan sesuatu yang sukar kerana Kementerian Pelajaran menumpukan kepada sekolah rendah dan menengah yang telah dilakukan sekian lama. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi berurusan dengan pendidikan tinggi dan ini telah dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh pimpinan terdahulu. "Struktur baharu kementerian ini sedang disusun. Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Ali Hamsa) dan kelmarin (berbincang) dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Mohamad Zabidi Zainal) sambil mendengar pandangan daripada kedua-dua pimpinan tertinggi sedia ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |