Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah
- Pekerja Samsung turun padang tanam pokok
- 979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diploma
100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah Posted: 100 pelajar sertai perkhemahan di Taman Negara Niah
PERPADUAN. Sebanyak 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah di Lawas, Limbang, Marudi, Miri, Niah dan Bintulu telah menyertai Khemah Kerja Kelab 1Malaysia di Taman Negara Niah, Miri anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak baru-baru ini. Residen Bahagian Miri, Antonio Kahti Galis memberitahu, Sarawak merupakan sebuah negeri contoh yang baik daripada segi perpaduan kaum kerana lebih daripada 23 kumpulan etnik telah hidup bersama sejak sekian lama. "Justeru, para pelajar perlu mengeratkan lagi perpaduan antara kaum semasa di bangku sekolah dan mengekalkannya sehingga mereka dewasa kerana Malaysia tidak akan bergerak maju tanpa perpaduan kaum yang kukuh," katanya. | |
Pekerja Samsung turun padang tanam pokok Posted: Pekerja Samsung turun padang tanam pokokSEBAHAGIAN kakitangan Samsung bergambar selepas aktiviti menanam pokok di Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini. HIJAU. Sebanyak 53 pekerja kilang Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turun padang menjayakan program tanam pokok sempena Kempen Hijau di Hutan Lipur Lintang Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia kilang berkenaan, Dzulfadly Vasan Abdullah berkata, program itu adalah susulan daripada usaha berterusan syarikat dalam menjayakan Kempen Hijau. "Kami mahu bergerak seiring dengan usaha kerajaan negeri dalam kempen alam sekitar dan telah menaja 150 anak pokok. "Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada jenis Bouganvilla, Siang Malam dan Lily. Kami juga menyediakan baja organik untuk ditabur ke atas setiap anak pokok yang baru ditanam," katanya. | |
979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diploma Posted: 979 graduan UiTM Perlis terima ijazah dan diplomaABDUL RAHMAN (duduk tengah) bersama beberapa graduan cemerlang UiTM di Arau, Perlis baru-baru ini. TAHNIAH. Sebanyak 976 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78 yang berlangsung di Dewan Sri Semarak di Arau, Perlis baru-baru ini. Graduan tersebut terdiri daripada 405 pelajar bagi ijazah sarjana muda dan 574 pelajar diploma selain 31 pelajar menerima Anugerah Naib Canselor pada istiadat yang diadakan selama dua hari bermula 15 sehingga 16 Mei lalu. Penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan tersebut disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Abdul Rahman Arshad. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |