{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Gadis cina permata bharatanatyam

Posted:

Gadis cina permata bharatanatyam

Gadis cina permata bharatanatyam

BUNYI gesekan biola, bersatu dengan sejenis dram dipanggil mridangam, serunai, veena (sejenis peralatan seperti gitar) dan nattuvangam (sejenis alat muzik terbentuk daripada sepasang piring loyang) mula bergema di dalam dewan.

Suara lunak penyanyi yang mendendangkan lagu dalam bahasa Tamil juga menambahkan lagi keindahan malam itu.

Seorang penari kemudian muncul di tengah-tengah pentas mengenakan sari berwarna biru dengan alatan aksesori yang sarat di kepala dan loceng kaki.

Wajah penari itu disolek tebal dengan tumpuan diberikan di bahagian mata.

Seiring alunan irama muzik dan nyanyian, penari itu mula membuka langkah tari. Kepalanya mula diayunkan ke kanan dan ke kiri bersama lirikan mata yang bundar. Tangannya pula dibengokkan ke sisi sambil jari-jemari turut sama melentik.

Sesekali membongkokkan tubuh, penari itu pantas bergerak ke kiri dan ke kanan pentas. Adakalanya dia menghentakkan kaki menghasilkan gemerincing bunyi loceng yang lunak dan pada kebanyakan masa hujung kakinya diginjat membentuk satu posisi signatur tarian klasik India.

Hampir dua jam melentur tubuh dengan gerakan-gerakan sukar tarian klasik dipanggil bharatanatyam, penari itu mendapat tepukan gemuruh penonton.

Bunyi tepukan bertambah kuat di dalam Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kuala Lumpur baru-baru ini, malah ada penonton yang berdiri memberikan hormat. Ternyata penari itu begitu istimewa di hati hadirin.

Apabila penari tersebut menanggalkan solekan dan bersalin pakaian, akhirnya terjawablah persoalan mengapa beliau merupakan permata istimewa dalam tarian bharatanatyam.

Kulitnya putih, matanya sepet dan nama penari muda itu ialah Ng Xinying, 23.

Xinying membuat persembahan itu sebagai tanda tamat pengijazahan dalam bidang tarian di Aswara.

Malaysia sememangnya mempunyai ramai penari klasik berbakat berketurunan India, malah beberapa penari Melayu juga menempa nama contohnya Ramli Ibrahim dan Zamin Harun.


XINYING (tengah) bersama keluarganya selepas tamat persembahan bharatanatyam di Aswara baru-baru ini.


Bermula dengan balet

Namun, Xinying begitu unik. Permata baharu bharatanatyam itu membuktikan gadis Cina juga mampu menguasai tarian klasik India.

Berbeza daripada tarian biasa, bharatanatyam memerlukan penarinya menggerakkan seluruh tubuh badan termasuk jari-jemari tangan dan kaki selain mimik wajah.

Saat Xinying menunjukkan tapak kakinya yang merekah dan mengelupas, ternyata tarian itu bukan dikuasai Xinying dalam tempoh seminggu dua.

Xinying hakikatnya memerlukan lebih lima tahun untuk menguasai bharatanatyam sejak melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Menurut Xinying, dia sendiri tidak menyangka akan menguasai tarian klasik India kerana sebelum belajar di Aswara dia sendiri tidak pernah menyaksikan tarian-tarian tersebut.

Bagaimanapun, bakat Xinying dalam bidang tarian sebenarnya sudah berputik sejak kanak-kanak lagi.

Semuanya bermula ketika dia berumur empat tahun. Pada masa itu, apabila terdengar muzik, badannya akan mula bergoyang-goyang dan kaki mula terjengket-jengket.

Menyedari kecenderungan Xinying dalam bidang tarian, ibu bapanya, Heng Guay Looe, 53, dan Ng Boon Chye, 53, menghantar anak sulung mereka ke kelas balet.

Hampir empat tahun mempelajari tarian balet di sebuah kelas tarian di Johor Bahru, Johor dia akhirnya berjaya menamatkan tarian tersebut.

Sepanjang mempelajari tarian itu, dia mengakui tidak pernah ketinggalan kelas berkenaan.

"Tidak kira apa yang berlaku, saya tetap mahu ke kelas balet," ujarnya yang menyimpan impian menjadi seorang koreografer tarian pada satu hari nanti.

Sejak itu sehingga melangkah alam dewasa, sekiranya ada persembahan tarian di sekolah, Xinying akan mengambil bahagian.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Xinying terus mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tarian.

Melihat kepada kos yuran yang berpatutan di Aswara dan dengan sokongan ibu bapa, dia akhirnya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di sana.

Bertutur lanjut, gadis yang berpakaian lengkap salwar kameez berwarna kuning itu memberitahu, dia memilih Diploma Tari yang merangkumi tarian Melayu, India, Cina, kontemporari, balet serta etnik Sabah dan Sarawak.

Ketika menuntut pengajian di peringkat Diploma Tari, pelajar dikehendaki mempelajari semua jenis tarian.

"Sebaik tamat diploma, dari situlah saya mula meminati tarian India kerana merasakan ia sangat unik. Ketika melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula tahun 2010, baru boleh fokus apa yang kita minat. Jadi, saya buat pengkhususan dalam persembahan tarian kontemporari dan mengambil subjek tambahan tarian bharatanatyam untuk tahun akhir," ujarnya.


BEBERAPA aksi tarian menarik bersama ekspresi wajah tersendiri yang dipersembahkan Xinying di Panggung Eksperimen Aswara.


Ekspresi wajah

Berbanding dengan tarian Melayu, Cina dan lain-lain, dia mengakui tarian India sememangnya sangat mencabar. Tarian tersebut bukan sahaja menggunakan tenaga untuk menghentak kaki, tangan, kepala mengikut rentakan lagu yang sangat laju, malah kadangkala perlu melompat.

Bukan sahaja pergerakan kepala, tangan, badan dan kaki sahaja yang penting, malah ia menuntut kemahiran mengungkapkan pancaindera mata bagi membangkitkan emosi penonton.

"Ia bukan mudah kerana bayangkan dulu pada awal pengajian setiap hari saya menangis kerana gagal berbuat demikian," ujarnya.

Bahkan, dia terpaksa menonton filem klasik Tamil versi hitam putih untuk mempelajari reaksi muka pelakon ketika marah, gembira, sedih mahupun kecewa.

"Tarian bharatanatyam memerlukan seseorang penari itu melahirkan ekspresi yang berlebihan. Jadi, saya cuba mempelajarinya dengan menonton filem Tamil dan kemudian mempraktikkannya di hadapan cermin," jelasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tarian tersebut yang sifat asalnya berkait rapat dengan tuhan-tuhan Hindu, ujar Xinying, dia melihat bharatanatyam dari sudut tarian dan budaya semata-mata kerana pensyarah yang mengajarnya juga tidak memasukkan elemen agama dalam tarian.

"Apabila pensyarah menerangkan kewujudan dewa dalam cerita yang akan ditarikan, kami mengambil naratif sahaja supaya tarian itu dapat dipersembahkan dengan baik.

"Bagi saya, selagi berpegang teguh kepada agama serta tahu membezakan mana yang benar dan silap, perkara seperti terpesong agama tidak akan berlaku," ujarnya lagi.

Hafal lirik lagu Tamil

Satu lagi cabaran dalam menguasai bharatanatyam adalah apabila Xinying terpaksa menghafal beratus-ratus lirik dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lirik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi membolehkan dia memahami maksudnya.

Bagi memperbaiki kelemahan menghafal lirik lagu itu, dia mencipta sendiri simbol-simbol untuk mudah difahami.

"Bagi setiap ayat, saya reka sendiri simbol supaya saya dapat faham dan menghafalnya untuk diekspresikan dalam tarian," tuturnya.

Menyentuh mengenai cara pembelajarannya, dia menunjukkan sehelai kertas putih yang tertera nama-nama dewa.

Berdasarkan nama dewa tersebut, dia perlu melakukan gerak anggota badan dan mimik muka yang berbeza.

"Bayangkan, saya terpaksa menghafal nama dewa-dewa dan diselangi dengan simbol yang saya reka sendiri," ceritanya dengan penuh ghairah.

"Saya amat bersyukur kerana mendapat keluarga dan pensyarah yang sangat memahami. Pensyarah tidak pernah marah, bahkan tidak putus-putus memberi tip yang berguna dalam tarian ini," ungkapnya.

Orang utan Sumatera diancam kepupusan

Posted:

Orang utan Sumatera diancam kepupusan

Orang utan Sumatera diancam kepupusan


PENEROKAAN hutan secara melampau menyebabkan orang utan Sumatera dewasa melarikan diri atau mati kelaparan, manakala anaknya terpaksa diselamatkan.


SEEKOR orang utan Sumatera bergayutan dari pokok ke pokok sambil membawa anak yang erat memeluk tubuhnya. Di satu sudut lain, kelihatan seorang petugas menyusukan seekor anak orang utan menggunakan botol susu.

Spesies itu kini telah kehilangan kawasan habitat asalnya di hutan hujan dara yang rakus digondolkan atas nama kemajuan.

Aktivis alam sekitar mengatakan, perkembangan aktiviti meneroka hutan dara di Kepulauan Sumatera untuk tujuan eksploitasi komersial dan membina jalan meningkatkan risiko terhadap pelbagai spesies terancam.

Pihak berkuasa Aceh memberitahu, perancangan tersebut menyasarkan meneroka sebahagian kecil kawasan hutan untuk tujuan pembangunan.

Pembangunan itu dijangka diluluskan oleh Jakarta meskipun ia kini berubah ke arah melanjutkan moratorium kebangsaan iaitu penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama mengenai permit pembalakan baharu.

"Rancangan ini merupakan satu ancaman besar kepada spesies hidupan di dalam hutan terutama orang utan, harimau dan gajah.

"Haiwan-haiwan ini mendiami kawasan rendah yang sudah pasti akan 'dibersihkan' terlebih dahulu," kata Ian Singleton daripada Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera kepada AFP.

Aktivis alam sekitar memberi amaran bahawa kira-kira satu juta hektar hutan akan diteroka di wilayah Aceh untuk eksploitasi perlombongan, minyak sawit dan syarikat kertas. Bagaimanapun, pegawai kerajaan mempertikaikan angka tersebut.

Kebimbangan

Terdapat kebimbangan khusus tentang sebahagian daripada projek tersebut membabitkan pembinaan jalan melalui ekosistem Leuser. Leuser sebuah kawasan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan menakjubkan.

Kawasan tersebut, kebanyakannya di Aceh, merupakan rumah kepada kira-kira 5,800 daripada 6,600 spesies terancam yang masih hidup termasuklah orang utan Sumatera, gajah, beruang dan ular tedung selar.

Ian memberi amaran bahawa kes-kes seperti anak orang utan yang terpaksa diselamatkan lantaran ditinggalkan ibunya akan meningkat jika projek jalan raya tetap dilaksanakan. Ini kerana populasi orang utan memerlukan habitat yang tidak diganggu untuk meneruskan hidup.

Dinamakan Gokong Puntung sempena nama monyet tuhan Cina, salah seekor anak orang utan diselamatkan selepas habitatnya diterokai beberapa syarikat walaupun ia merupakan kawasan perlindungan yang tidak boleh disentuh.


ORANG utan yang diselamatkan diajar hidup berdikari kerana ia akan dilepaskan ke hutan apabila tiba waktunya.


Primat tersebut ditinggalkan sendirian selepas ibunya dipukul oleh sekumpulan lelaki dan ia dijual kepada seorang pekerja ladang pada harga RM30.

Gokong Puntung kemudian diselamatkan pada bulan Februari lalu dan dibawa ke pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Ian. Ia terletak di daerah Sibolangit di wilayah Sumatera Utara.

Orang utan Sumatera jika dibandingkan dengan orang utan Borneo mempunyai saiz yang lebih kecil.

Primat itu hanya membesar dengan ketinggian 1.5 meter dengan berat sekitar 90 kilogram.

Ia juga lebih gemar memakan buah-buahan dan serangga walaupun adakalanya turut menikmati telur burung serta haiwan vertebrata kecil.

Ia juga menghabiskan kebanyakan masanya di atas pokok kerana bimbang dengan haiwan pemangsa yang lebih besar.

Pembinaan jalan raya

Ketua Perancangan Jabatan Perhutanan Aceh, Saminuddin B. Toi menegaskan, pembinaan jalan raya tersebut akan membantu komuniti pedalaman untuk berhubung dengan dunia luar.

Jakarta telah memberi isyarat akan menandatangani pelan pembangunan Aceh dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Walaupun pembangunan itu mungkin dapat ditangguhkan jika aktivis terus membangkitkan isu moratorium kebangsaan, namun ia agak sukar untuk dibendung.

Ketua Jabatan Perhutanan Aceh, Husaini Syamaun berkata, rancangan tersebut bukan disasarkan pada pembangunan lombong dan ladang sebaliknya untuk kemudahan rakyat.

"Ia tidak melanggar sebarang undang-undang," katanya.

Pegawai pentadbiran itu menegaskan, mereka hanya akan membersihkan sekitar 200,000 hektar kawasan hutan baharu untuk tujuan pembangunan.

Namun, aktivis tetap berkeras mengatakan kawasan hutan yang diterokai sebenarnya lebih luas. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat