Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan
- 200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK
- Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah
Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan Posted: Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan15/05/2013 10:13pm SHAH ALAM - Permohonan harta sepencarian RM3 juta oleh pelakon Norish Karman Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam terpaksa ditangguh pada 24 Jun depan selepas bekas suaminya gagal hadir bagi kes yang telah berlarutan sejak 2009 itu. Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan tarikh ter sebut selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, 37, untuk memasukkan hujahan kes bagi menjimatkan masa. Beliau sebelum itu turut memohon mahkamah mem batalkan keterangan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir se lepas defendan tidak hadir sedangkan kes itu telah lama difailkan. "Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman," katanya. - KOSMO! |
200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK Posted: 200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK15/05/2013 8:42pm KUALA LUMPUR - Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas lebih 200 salinan perisian yang disyaki tiruan bernilai runcit hampir RM180,000. Rampasan itu dilakukan dalam satu serbuan di premis satu pengedar produk IT di Pasir gudang, Johor, yang disyaki mengedar perisian tiruan itu. Serbuan itu dilakukan oleh KPDNKK Cawangan Johor Bahru, yang diketuai oleh sepasukan lima petugas, yang termasuk para pegawai penguat kuasa dari cawangan itu, yang dibantu oleh para penyiasat dan peguam Microsoft Corporation. Dalam satu kenyataan, Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, antara perisian yang dirampas termasuk Windows 7 professional, Windows 7 Home Premium dan Office Professional 2010. Seorang lelaki berumur 26 tahun telah direman semasa serbuan itu untuk membantu penyiasatan dan seterusnya dibebaskan atas jaminan polis. Mohd Roslan berkata, kementerian itu serius menghapuskan perbuatan cetak rompak perisian dan akan mengambil tindakan tegas. Perisian tiruan itu disyaki diperoleh dari China. - Bernama |
Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah Posted: Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah15/05/2013 8:37pm IPOH - Polis menahan seorang penjaga kuda selepas dipercayai mengedar dadah jenis heroin dan memiliki senjata api dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan di sini. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, lelaki 27 tahun itu ditahan di sebuah bilik semasa sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Besar, Kampung Cheh di Tanjung Rambutan pada pukul 11 malam, Isnin lalu. Semasa serbuan itu, polis menemui 16 paket plastik berisi dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 42 gram dari beg pinggang yang disimpan di bilik itu. Selain dadah bernilai RM1,200 itu, polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Baretta .22 kaliber bersama satu kelopak di bumbung garaj kereta di rumah berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Suspek yang berasal dari Segambut, Selangor itu didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau selain pernah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sebelum dibebaskan pada Julai tahun lepas atas kesalahan berkaitan dadah, katanya. Paramasivam berkata, lelaki yang dipercayai mengedar dadah di sekitar Tanjung Rambutan itu direman sehingga Isnin depan. Beliau berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |