{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Sandy Selebriti Facebook

Posted: 15 May 2013 12:24 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ZAKARIA IDRIS

MAHU memberi peluang kepada dirinya menceburi bidang penyiaran.

DIA mempunyai lebih 13,000 pengikut di laman sosial Facebook dengan jumlah rakan yang telah pun mencapai had maksimum iaitu seramai 5,000 orang.

Memang dia bercadang untuk membuka akaun kedua kerana terlalu ramai yang mahu bersahabat dengannya. Fan Page? Tidak sesuai katanya, kerana dia bukanlah seorang artis, mahupun peniaga dalam talian yang mempunyai begitu ramai pelanggan.

Dia hanyalah gadis biasa yang bernama Noor Faradilla Sandi Basri, 23. Memilih untuk meletakkan nama Faradilla Sandy sebagai pengenalan di Facebooknya ternyata nama yang berbunyi komersial ini ada penangannya yang tersendiri.

Ditambah dengan empunya badan yang comel dan cantik menjadikan Faradilla Sandy begitu popular dalam kelasnya yang tersendiri.

Malah dek kerana popularitinya itu, gadis ini yang mesra dengan panggilan Sandy juga telah mendapat tahu bahawa lebih lima akaun Facebook palsu menggunakan gambarnya sebagai gambar profil.

Mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu ada pihak menyalahguna gambarnya, Sandy telah pun membuat laporan kepada pihak berkaitan.

"Dalam dunia maya ini memang kita sentiasa terdedah dengan jenayah siber, bagi saya sesiapa sahaja yang mahu berkawan saya terima kerana mahu bersangka baik dengan mereka. Andai kata ada yang melampaui batas barulah saya akan menjauhkan diri.

"Saya tidak akan 'unfriend' mereka namun membuat peringatan kepada diri sendiri agar tidak melayan individu yang mahu mengambil kesempatan," ujar Sandy, gadis berdarah campuran Malaysia di sebelah bapa dan Indonesia di sebelah ibunya ini.

Ada kalanya gadis kelahiran Alor Setar, Kedah, ini juga pelik kerana status yang dinaikkan di dinding Facebooknya juga boleh mencapai hingga ratusan 'like'.

"Kadangkala saya cuma menaikkan status ringkas seperti 'bosan' tapi saya amat menghargai kerana ramai yang memberi perhatian," katanya.

Apabila ditanya apakah rahsianya, Sandy menjawab, tiada apa-apa rahsia baginya kerana dia sendiri memang suka berkawan. Sesiapa saja yang mahu bersahabat dengannya akan diterima dan akan menjawab segala pertanyaan dengan baik.

"Memang ramai yang mahu berkongsi tip kecantikan, nasihat dan pengalaman dengan saya dan itu tidak menjadi masalah buat saya," ujar Sandy yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sandy juga pernah disapa beberapa remaja di pusat membeli- belah malah mahu bergambar kenangan dengannya kerana dia sudah menjadi 'public figure' dengan 'kuasa' laman sosial di internet.

Ternyata Sandy memang seorang yang mudah didekati dan mesra. Tutur katanya yang lembut dan sopan menambah teruja penulis untuk mengenali gadis ini dengan lebih mendalam lagi.

Pastinya sahabat Sandy dan pengikutnya juga mahu mengenali siapakah di sebalik nama Faradilla Sandy ini.

Faradilla Sandy yang berkelulusan dalam bidang pelancongan dari Kolej Komuniti di Sungei Siput, Perak, berkhidmat sebagai pengurus jualan dengan tugas mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di dalam dan luar negara.

Dia yang hampir setahun berkhidmat dalam lapangan tersebut mengakui 'jatuh hati' dengan kerjayanya yang memerlukannya berinteraksi dengan ramai orang.

Pun begitu Sandy tidaklah mengambil kesempatan di laman FB untuk mempromosi pakej pelancongan atau apa saja berkaitan kerjayanya. Dia hanya mahu rakan FB selesa berkawan dan ikhlas dengan persahabatan tersebut.

Ketika ditanya bagaimana dirinya membezakan sahabat yang baik atau tidak dan bagaimana dia menangani 'haters', Sandy berkata: "Saya tidak benci mereka biarlah mereka membenci saya. Mereka yang datang dalam FB saya bukan saya yang jemput, jadi kenapa perlu saya susah hati dengan keadaan tersebut?"

Sandy kini mempunyai sahabat dalam FB dari seluruh negeri di Malaysia termasuk Singapura dan Indonesia.

"Sudah tentu rakan FB saya kebanyakannya dalam kalangan remaja, lelaki dan perempuan sama banyaknya.

"Apa yang saya kongsikan seperti kebanyakan gadis biasa, gambar-gambar saya dengan adik-beradik, gambar saya dalam kereta dan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

"Semua gambar itu saya ambil dengan telefon bimbit. Cuma saya memang suka bergaya, dan saya rasa semua gadis seperti saya juga suka bergaya. Jadi sebab itu ramai yang bertanya tentang fesyen dan cara saya menjaga badan," jelasnya yang juga berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui Sandy juga biasa memperagakan pakaian pengantin pada pertunjukan fesyen di sekitar Kedah.

Aktiviti peragaan Sandy biasanya dilakukan pada hujung minggu dan tidak mengganggu jadual kerja hakikinya. Sandy mengakui sangat seronok menjadi model dan tidak kekok apabila diminta bergaya.

"Majalah adalah rujukan saya untuk bergaya, internet juga sama. Disebabkan memang dah minat jadi tidak sukar untuk saya melaksanakan apa yang dikehendaki pemilik butik.

"Saya menjaga kesihatan dengan berenang. Itu memang menjadi minat dan hobi saya. Skil berenang saya peroleh ketika belajar di kolej kerana bidang pelancongan dan pengembaraan yang saya belajar dulu merangkumi kemahiran berenang," katanya yang menggemari barangan penjagaan diri dari The Body Shop.

Miliki kulit sihat

Posted: 15 May 2013 12:24 AM PDT

MEMILIKI kulit sihat dan cantik adalah impian setiap wanita. Dengan pelbagai produk kecantikan yang boleh diperoleh di pasaran hari ini secara tidak langsung memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih yang bersesuaian dengan kulit.

Hada Labo antara produk kecantikan yang turut mendapat perhatian daripada mereka yang mementingkan kecantikan.

Terbaharu, memperkenalkan Perfect Gel di pasaran, ia adalah kombinasi esen, pelembap serta topeng tidur (sleeping mask), lengkap dalam satu bekas untuk memberikan kulit anda hidrasi yang terunggul.

Tekturnya yang berbentuk gel amat ringan dan tidak melekit serta menyerap dan meresap pantas ke dalam kulit dan menjadikannya lembut dan lembap sepanjang hari.

Sangat ideal untuk digunakan sebagai pelembap pada siang hari dan sebagai sleeping mask sebelum tidur, Perfect Gel ini turut membantu mengekalkan lembapan, memulih, dan rejuvenasi kulit ketika tidur supaya anda bangun dengan kulit lembut dan padat dengan hidrasi keesokan harinya.

Berpegang kepada falsafah Hada Labo Perfect X Simple, Hada Labo Perfect Gel dicipta dengan lima ramuan pelembap terunggul untuk memberikan kulit anda kelembapan yang paling sempurna.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia adalah pH seimbang dan bebas daripada alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat