Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
SPR lapor polis tuduhan pembangkang Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT KUALA LUMPUR 16 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini. Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus. Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil. Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi. Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. habis |
Ditembak lelaki berkain pelikat Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH Azmi Ismail yang cedera ditembak di bahagian belakang dan paha menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - utusan/rosni masri. BACHOK 16 Mei - Seorang tukang rumah cedera ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai kain pelikat ketika bersarapan di sebuah warung di Kampung Kemayan, Tawang di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 37, dari Kampung Pantai Senok cedera di belakang pinggang dan paha kanan selepas terkena dua das tembakan. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil. Menurut beliau, suspek melepaskan dua das tembakan, masing-masing mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa. "Ketika kejadian mangsa sedang bersarapan di kedai kopi berkenaan dan tiba-tiba muncul seorang suspek berbaju hitam dan berkain pelekat menaiki motosikal jenis Yamaha LC melepaskan tembakan dan mengenai mangsa," katanya di sini hari ini. Saksi kejadian yang merupakan pemilik kedai berkenaan, Idayu Mustapa, 30, berkata, ketika kejadian dia bersama empat pelanggan berada di warung. "Tiada siapa menyangka lelaki itu melepaskan tembakan kerana bunyi itu tidak begitu kuat malah kami ingat lelaki itu menggunakan pistol mainan. "Mangsa sendiri malah sempat bertanya kepada dua pelanggan adakah suspek melepaskan tembakan. Namun setelah mangsa memeriksa belakang badan baru dia sedar dia ditembak," kata Idayu. Idayu memberitahu, salah seorang pelanggan bergegas menghubungi ambulans manakala seorang lagi memberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital. "Saya tak sangka dia akan menembak kerana suspek berpakaian seperti baru balik dari masjid iaitu memakai kain pelekat dan baju Melayu. "Sebelum menembak, dia ada berkata 'mu ni agah terlajak' (kamu ini berlagak sangat) dan melepaskan dua das tembakan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |