{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis

Posted: 17 May 2013 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei - Suspek pertama yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tembak seorang pegawai kanan kastam di Putrajaya bulan lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis turut mengesahkan, siasatan berhubung kes itu masih lagi dijalankan dan lebih banyak tangkapan akan menyusul. - UTUSAN ONLINE

Pemuda diserang mati dikelar

Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 17 Mei - Kegembiraan seorang pemuda berhibur dengan tujuh rakannya di sebuah pusat karaoke dekat Terminal 2 di sini, berakhir dengan tragedi selepas mangsa mati akibat dikelar dalam pergaduhan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa, Mohd. Hairulnizam Hanafiah (gambar), 23, ditemukan oleh rakannya dalam keadaan parah dan berlumuran darah di luar premis itu kira-kira pukul 3 pagi.

"Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh rakannya, masing-masing empat lelaki dan tiga perempuan datang berhibur di pusat karaoke berkenaan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

"Ketika kejadian mangsa berada di bilik karaoke di sebelah, iaitu berasingan dengan rakan-rakannya. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan mangsa terdengar lelaki itu seperti bergaduh di bilik sebelah.

"Berikutan kekecohan itu, rakannya pergi ke bilik berkenaan dan mendapati mangsa tiada di situ sebelum mencari sehingga menjumpai Mohd. Hairulnizam berlumuran darah di luar pusat karaoke," katanya di sini hari ini.

Kata Saiful Azly, mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk menerima rawatan lanjut oleh rakannya tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Hasil siasatan awal bedah siasat mendapati terdapat kesan kelar di leher sebelah kanan mangsa.

"Seorang lelaki telah menyerah diri hari ini dan polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan mengesan suspek lain yang berkaitan dalam kes itu," katanya.

Ujar beliau, saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat