{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Megabait

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Megabait


Paling langsing

Posted: 26 May 2013 11:45 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

Dua model menunjukkan telefon pintar terbaharu keluaran Alcatel pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini.

SETELAH 20 tahun menerajui inovasi dan kualiti dalam teknologi peranti mudah alih, pereka dan pengeluar Alcatel One Touch, TCL Communication baru-baru ini memperkenalkan 13 unit rangkaian terbaru telefon mudah alih sebagai simbolik meraikan ulang tahun jenama Alcatel tahun ini. Rangkaian telefon mudah alih di bawah Alcatel One Touch tersebut direka khas dalam usaha memperhebatkan gaya hidup pengguna serta memenuhi keperluan teknologi mereka seiring arus perdana.

Dengan pengumuman rangkaian One Touch Idol Ultra pada Pertunjukan Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) dan Kongres Mobil Sedunia (MWC) baru-baru ini, sekali gus dilancarkan dalam pasaran seluruh dunia di samping bekerjasama dengan jenama Marvel dan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk filem Iron Man 3.

Menurut Pengarah Pemasaran Alcatel One Touch Global Go To, Frederic Fleurance, kerjasama yang terjalin bersama filem Iron Man menjadi kekuatan kepada jenama tersebut dalam menarik lebih ramai peminat untuk turut sama merasai kelainan yang ditampilkan.

"Menjadi sebahagian daripada fenomena Iron Man adalah sesuatu yang luar biasa untuk kami, khususnya bagi jenama One Touch Idol Ultra, sekali gus berbesar hati kerana dapat menampilkan Touch Idol bersama seorang bintang filem," katanya.

Dengan bentuk fizikal yang hanya 6.45 milimeter, peranti ini telah diisytiharkan sebagai telefon pintar paling langsing dunia pada CES 2013 baru-baru ini.

Dikuasakan oleh platform pemproses teras berkembar selari Android Jellybean sekali gus menampakkan One Touch Idol Ultra kelihatan bergaya pada permukaan fizikal dan pintar di dalam.

Bagi kepuasan menonton video, permukaan berdefinisi tinggi (HD) diperkemaskan dengan kecerahan kristal selain paparan seluas 4.7 inci yang terbina bersama mampu menyempurnakan penglihatan tidak kira dalam bentuk imej pegun mahupun video.

Binaan kamera lapan mega pikselnya serta pemproses 1.2 giga herz berteras kembar juga mampu memberikan keputusan yang memuaskan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai One Touch Idol Ultra boleh layari lama web www.alcatelonetouch.com.

Televisyen, peti sejuk pintar Samsung

Posted: 26 May 2013 11:45 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Ciri-ciri yang membolehkan penonton berkomunikasi dengan televisyen pintar Samsung termasuk menggunakan kedua-dua belah tangan.

Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) kini kembali menguatkan barisan televisyen pintar keluarannya.

Dilengkapi bersama peranti terbaru, Samsung Smart LED TV F8000 direka untuk membolehkan pengguna merasai pengalaman baharu menonton televisyen pintar .

Bersama kelebihan interaksi pintar, teknologi terbaru samsung iaitu Samsung Smart TV Motion Control menawarkan teknologi pengesan sentuhan (gesture) kedua-dua belah tangan.

Berbeza dengan kaedah konvensional yang memerlukan pelanggan menukar rancangan menerusi alat kawalan jauh secara satu persatu, kini pemilik televisyen pintar tersebut hanya perlu melambaikan tangan dan menyelak paparan menerusi tangan kosong.

Teknologi tersebut dinikmati menerusi kelebihan peranti kamera pengesan pergerakan yang ditawarkan pada televisyen tersebut.

Selain itu, teknologi pengesan suara turut dilengkapkan bersama televisyen pintar Samsung yang mana kini mampu mengecam hampir 360 arahan berbanding 55 arahan sebelum ini.

Kelebihan lain adalah aplikasi yang terdapat pada televisyen itu turut mudah untuk diakses serta dimuat turun menerusi Samsung Apps.

Selain televisyen pintar, Samsung turut mempertaruhkan peti sejuk dua pintu pintar berteknologi Digital Inverter Compressor.

Selain itu, Samsung turut berani memberi jaminan kerosakan selama 10 tahun.

Menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada organisasi serta keluarga yang sentiasa sibuk, peti sejuk dua pintu Samsung tersebut menawarkan fleksibiliti serta mesra pengguna.

Samsung turut mengetengahkan idea penjimatan tenaga, reka bentuk yang menarik, tidak bising serta hanya akan beroperasi apabila diperlukan sahaja.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, produk yang dihasilkan oleh Samsung itu merupakan inspirasi daripada pelanggan yang mahupun gaya hidup yang lebih sempurna.

"Oleh yang demikian, kami meneruskan usaha revolusi barisan peti sejuk baharu untuk anda," katanya.

Selain itu Samsung turut melaksanakan pembaharuan dari sudut daya ketahanan dan juga keberkesanan peti sejuk keluarannya menerusi teknologi baharu.

Teknologi tersebut memilik kemampuan menyejuk pada kadar lima kelajuan seminit (RPM).

Malah kelajuan kipas pemampat (compressor) juga dipertingkatkan bagi menghasilkan hembusan udara sejuk yang lebih berkesan.

Namun, apa yang penting adalah, keunikan peti sejuk dua pintu Samsung itu yang mampu mengekalkan kesegaran serta kesejukan yang terbaik bagi produk makanan di unit penyimpanan makanan serta MoistFresh Zone.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kedua-dua produk tersebut anda boleh melayari laman web Samsung di www.samsung .com/my atau layari akaun Facebook Samsung Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat