{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


Suzuki Swift CKD RM65,888

Posted: 13 May 2013 12:21 PM PDT

Suzuki Swift versi pemasangan tempatan.

KUALA LUMPUR 13 Mei - Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) hari ini mengumumkan pelancaran model Swift versi pemasangan tempatan (CKD) dengan harga bermula daripada RM65,888.

SMA dalam kenyataannya menyatakan, pemasangan model berkenaan dibuat di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang.

Awal Januari lalu, SMA melancarkan Swift versi import sepenuhnya (CBU) dengan harga RM77,888.

Swift telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan merekodkan 500 tempatan sejak Mac lalu.

Versi CKD didatangkan dalam dua pilihan iaitu model GL dan GLX dengan harga antara RM65,888 hingga RM74,288 tanpa insurans.

Swift baharu menggunakan enjin K14B 1.4 liter dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Panjang Swift generasi ketiga ini bertambah sebanyak 105 milimeter (mm) kepada 3,850 mm dan jarak roda sebanyak 50 mm kepada 2,430 mm, diikuti lebar sebanyak lima mm kepada 1,695 mm berbanding generasi kedua.

Orang ramai boleh melihat versi CKD ini di semua 32 buah pengedar Suzuki di seluruh negara bermula hari ini.

Veloster, reka bentuk futuristik

Posted: 12 May 2013 12:06 PM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SESIAPA yang memandang, pasti terpegun dengan reka bentuk Hyundai Volester.

PERTAMA kali memandang Hyundai Veloster, minda terus teringat semula pada lakaran-lakaran model kereta yang pernah dilihat sebelum ini. Futuristik! Lawa! Dan lain dari yang lain.

Mengapa lain dari yang lain? Veloster jika anda berdiri di sebelah pemandu, kereta ini kelihatan seperti Hatch 2 pintu. Bila berdiri di sebelah penumpang pula, kereta itu seperti Hatch 4 pintu. Itulah kelainannya. Untuk memasuki tempat duduk belakang, akses pintu hanya terdapat di sebelah kiri.

Sekali gus mencetuskan persoalan: bagaimana hendak dikategorikan Veloster? Hatch 2 pintu tak boleh, 4 pintu terlebih. Rakan penulis pemotoran menyarankan Hatch 2+1 pintu. Mengapa hal pintu ini penting? Kerana aspek inilah yang diguna untuk pemasaran dan juga imej yang terpampang pada minda bakal-bakal pembeli.

Duduk di dalam kereta ini dan bersedia untuk memandu, kita akan rasakan Veloster menepati ciri sebuah kereta hatch 2 pintu. Pintunya lebih luas dengan tiang B disusun letak lebih ke belakang, dan kerusi bucket dua warna, menambahkan lagi cita rasa sport pada kenderaan ini.

Keseluruhan reka bentuk Veloster sememangnya mengkagumkan. Ditambah lagi dengan faktor bahawa kereta ini dihasilkan oleh Hyundai yang sejak beberapa model terbaharunya telah tampil dengan reka bentuk yang kontemporari, segar dan berani seperti Sonata, Tucson dan Elantra serta Santa Fe.

Konsep reka bentuk dalaman Veloster dilakukan seolah-olah diukir oleh sinar cahaya. Garisan-garisan dinamik dan berani, dengan keluk dan cermin yang direka tajam, manakala tiang A dan B ditenggelamkan telah membawa imej sebuah cermin topi keledar.

Bahagian depan Veloster memaparkan jeriji seragam Hyundai dengan bahagian bawah bumper menggabungkan spoiler aerodinamik bagi mengurangkan kekangan angin. Asas roda ialah 2,650 mm, dengan lebar keseluruhan ialah 1,790 mm.

Varian premium Veloster didatangkan dengan bumbung boleh buka dan lampu LED. Profil keseluruhannya merupakan kesinambungan kepada garisan perwatakan yang diukir secara bendalir dengan gerbang roda besar, pemegang pintu krom, pintu aerodinamik, cermin dan lampu depan serta belakang.

Veloster menawarkan kecekapan mengatasi kesan mengheret sebanyak 0.32, dilengkapi rim roda aloi 17 inci dengan pilihan 18 inci bagi varian Premium.

Diperhatikan daripada seni reka dalaman, butang-butang dan alat kawalan menyerupai motosikal dengan butang Start/Stop terletak berdekatan. Lubang udara diilhamkan oleh batang ekzos motosikal manakala konsol lantai menyerupai kerusi motosikal. Ini mendatangkan soalan apakah pereka Veloster merupakan penggemar motosikal?

Untuk hiburan, Veloster didatangkan dengan sistem audio canggih dengan paparan sentuh LCD 7 inci, kawalan audio pada kemudi roda dan input MP3 dan AUX. Varian Premium memiliki Bluetooth dan pembesar suara lebih hebat serta kamera pandang belakang.

Sistem audionya juga dipasang dengan aplikasi Blue Max iaitu jika anda memandu secara tenang dan tidak memecut, warnanya akan bertukar menjadi hijau, seiring dengan konsep pemandu hijau.

Bagi enjin pula, Veloster menggunakan enjin Gamma 1.6 liter DOHC yang juga diguna pada beberapa model lain Hyundai, dengan pemasaan D-CVVT dan pendikit elektronik.

Kuasa maksimumnya ialah 132 PS pada 6,300 rpm, dan kuasa kilas 158Nm pada 4,850 rpm. Transmisi pula terdapat dua pilihan iaitu 6 kelajuan manual atau automatik. Pemanduannya ialah pacuan roda depan. Sistem gantungan depan adalah jenis Topang McPherson manakala belakang adalah torsion beam.

Peralatan standard bagi model transmisi automatik Veloster merangkumi sistem VSM (Pengurusan Stabiliti Kenderaan), ABS, Brake Assist (BA) dan EBDi serta Hillstart Assist.

Veloster ini terdapat dalam tiga varian iaitu Veloster Gamma 1.6 Manual - RM116, 888; Veloster Gamma 1.6 Automatic - RM121, 888 dan Veloster Gamma 1.6 Automatic Premium - RM132, 888 sebuah.

Sebanyak enam warna ditawarkan iaitu Green apple, Sleek Silver, Sonic Silver, Veloster Red, Vitamin C, dan White Crystal.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat