Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Iktiraf guru dalam perkhidmatan Posted: 12 May 2013 12:06 PM PDT pendidikan@utusan.com.my Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud menyerahkan kain rentang pelancaran sambutan Hari Guru 2013 kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Kalsom Khalid sambil disaksikan Mazlan Mohamad (kiri) dalam majlis Prapelancaran Hari Guru di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang sudah bersara daripada perkhidmatan. Menurutnya, antara kriteria diperlukan bagi melayakkan guru menerima anugerah itu adalah menyumbang meningkatkan imej kementerian dalam pelbagai bidang pendidikan dan tiada had umur ditetapkan selagi guru masih dalam perkhidmatan. "Ini merupakan salah satu usaha kementerian untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ''Selama ini, sumbangan mereka seperti tidak dinampakkan dan usaha tersebut merupakan salah satu penghargaan kementerian untuk menghargai jasa guru yang masih berkhidmat dalam pelbagai bidang pendidikan,'' katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis Pra Pelancaran Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-42 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilanbaru-baru ini. Mengulas lanjut, Mazlan berkata, Anugerah Ikon Guru khusus kepada guru yang masih berkhidmat dan paling utama, guru terbabit berjaya menaikkan imej perguruan. "Kita mahu menghargai sumbangan guru kepada negara, misalnya, dia mewakili pasukan negara ke pertandingan sukan antarabangsa dan menang, tidak kira guru ini atlet atau pegawai. "Paling penting, penyertaannya pada pertandingan itu berjaya menaikan imej negara dan kementerian dalam apa jua bidang,'' katanya. Selain itu, katanya, kementerian juga mengiktiraf sumbangan guru dengan memberi beberapa anugerah khas lain seperti Anugerah Guru Cemerlang OKU, Guru Pendidikan Khas, Guru Inovatif dan Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. "Dalam majlis penyampaian sambutan Hari Guru nanti akan disampaikan tiga anugerah tahunan iaitu Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta,'' katanya. Sementara itu, Mazlan memberitahu, pelbagai program sambutan Hari Guru telah diatur bermula dengan majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat Hari Guru Pada 14 Mei, acara sambutan Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru dengan kerjasama Kumpulan Utusan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan. Antara aktiviti lain termasuklah Dialog Saranan Pendidikan, acara senamrobik Hari Guru, forum pendidikan, majlis Sepetang bersama KSU dan KPPM dan Jamuan Makan Malam dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan. |
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid Posted: 12 May 2013 12:06 PM PDT Nor'aini Rusmin menunjukkan sebahagian produk keluaran Global Factor di bawah jenama Kedidi di pejabatnya di Kuantan, Pahang baru-baru ini. Apabila memperkatakan tentang kualiti pen marker, banyak dalam kalangan kita yang sering merungut mengenai pen marker yang mudah atau cepat kehabisan biarpun hanya sekali dua digunakan. Menyedari kelemahan itu, sebuah syarikat pengilang bumiputera, Global Factor Sdn. Bhd. (GFSB), pengeluar barangan alat tulis berjenama Kedidi merangkumi pen marker termasuk dakwatnya (refill), pen mata bulat dan fail menawarkan penyelesaian bagi masalah tersebut. Pengarahnya, Nor'aini Rusmin berkata, usaha itu seiring dengan penubuhan dan objektif syarikat yang mahu menjadi pengeluar pelbagai produk alat tulis yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Menurutnya, syarikat itu yang beribu pejabat di Kuantan, Pahang itu menawarkan jaminan kualiti dakwat marker Kedidi dengan keistimewaan tidak kering selama enam tanpa penutup. ''Produk kami telah melepasi segala ujian dengan keputusan yang memuaskan dan telah disahkan oleh pihak SIRIM dengan menepati kehendak standard malah turut mendapat pengiktirafan Sijil ISO- 9000 : 2001 dan Pensijilan ISO- 9001: 2001," katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Beroperasi sejak Julai 1995 lalu, GFSB menawarkan antara produk Kedidi seperti whiteboard marker, permanent marker, refil whiteboard marker, refil permanent Marker dan file pvs 2D jenis 25/40/50mm manakala produk baru bakal diperkenalkan highlighter, cd marker dan golf ball marker "Sejak diperkenalkan di Malaysia, marker whiteboard dan kekal keluaran kami kini boleh ditukar ganti dengan mudah. "Produk dakwat isian semula whiteboard jenis botol pula membolehkan pelanggan berjimat kerana selain pen marker tahan lama malah boleh digunakan berulangkali," ujarnya. Kata beliau, GFSB berjaya meraih banyak kontrak kerajaan dalam membekalkan pen marker semenjak tahun 1996 sehingga tahun 2004. Selain dijual di pasar raya besar, pelanggan GFSB dan anak syarikatnya, D'pro Stationeries Sdn. Bhd. termasuklah Hospital Jasin dan Hospital Selayang, Jabatan Kesihatan negeri Selangor, Institut Kemahiran Belia Negara Majlis Perbandaran Kuantan dan Open Universiti Malaysia. Agensi lain yang turut menjadi pelanggan GFSB termasuklah Winsack Technology, Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan, Bank Muamalat Malaysia, Sek. Men. Teknik Gombak, MRSM Muar; Lenggong; Langkawi, Koperasi Kedai Buku UM, Institut Aminuddin Baki, Lembaga Hasil Dalam negeri Melaka dan Quality Hotel City Centre GFSB turut membuka gerai pameran syarikatnya di tapak berlangsungnya Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dan Kementerian Pelajaran di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan dari 14 hingga 19 Mei ini. Keterangan lanjut mengenai syarikat ini boleh e-mel globalf@dpro.com.my, telefon talian 09-5343191 atau 09-5343180. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |