{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

AHMAD Said (kiri) mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU 22 Mei — Majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan pelantikan Speaker DUN akan diadakan pada 16 Jun, di Wisma Darul Iman di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perasmian penggal baharu sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun.

"Sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah, di sini pada 11 Mei lepas, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain Ahmad, turut mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu ialah 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menerima watikah pelantikan.

Pada PRU-13, BN Terengganu memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN selain empat daripada lapan kerusi Parlimen. — BERNAMA

Pertukaran 10 pegawai tadbir

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU 22 Mei - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pertukaran 10 orang pegawai tadbir negeri yang berkuat kuasa 1 Jun ini melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK), Datuk Mazlan Ngah di sini petang ini.

Rombakan kecil itu melibatkan Datuk Mohd. Yasim Awang yang kini sebagai Timbalan Pegawai Kewangan negeri ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Timbalan SUK (Pengurusan).

Mohd. Yasim akan mengisi kekosongan jawatan setelah penyandangnya, Datuk Wan Ahamad Wan Mudag ditukarkan ke Terengganu Incorporated manakala Pengarah Bajet Perbendaharaan negeri, Mohd. Shukri Azam menggantikan tempat Mohd. Yasim.

Jawatan lama Mohd. Shukri pula bakal diisi Osman A. Bakar yang kini menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman.

Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri, Shahidan Embok pula ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman bagi menggantikan Osman.

Ahmad Azmi Md Salleh yang kini menyandang Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan negeri bakal menjadi Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri menggantikan Shahidan.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Mohd. Razif Abdul Majid akan ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Unit Perhubungan dan Komunikasi negeri.

Idham Mustafa yang kini Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Harta) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan ke jawatan baharu sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan negeri.

Penyelaras Program Intan Wilayah Timur Kemaman, Nur Kamilah Hamzah ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Pembangunan) Kerajaan Tempatan negeri.

Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Kemaman, Nor Sophia Azura pula menggantikan Nur Kamilahakan ke jawatan Penyelaras Program Intan Wilayah Timur Kemaman.

Hilman Hajijan kini sebagai Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Pentadbiran dan Kewangan) negeri akan mengisi kekosongan jawatan Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Setiu.

12 pelajar UMK bakal ke Jepun

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyertai program JENESYS 2.0 bergambar dengan Roselina Ahmad (hadapan, tengah) dan Abdul Aziz Abdul Latif (hadapan, lima dari kiri) di Kampus Kota UMK, Pengkalan Chepa, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU 22 Mei - Sebanyak 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih menyertai program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth 2.0 (JENESYS 2.0) anjuran Pusat Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICE) dari Sabtu hingga 2 Jun ini.

Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) UMK, Prof. Dr. Farok Zakaria berkata, mereka adalah sebahagian daripada 360 pelajar universiti dari 10 negara ASEAN yang akan mengikuti program lawatan sambil belajar ke pelbagai lokasi terkemuka di negara matahari terbit itu termasuk pusat perindustrian.

Beliau berkata, apa yang lebih membanggakan UMK mendapat agihan tempat paling ramai daripada 36 pelajar lima buah universiti tempatan yang mengambil bahagian dalam program itu.

Jelasnya, penyertaan kali pertama UMK dalam program yang ditanggung sepenuhnya kerajaan Jepun itu adalah hasil hubungan baik dan kesinambungan program Intercultural Learning and Community Engagement (Ilcome) yang dilaksanakan UMK pertengahan Februari lalu.

"Dalam program Ilcome kita menjemput 10 pelajar Jepun melawat Kelantan selama tiga minggu, kali ini kita pula dijemput ke sana untuk bersama pelajar dari negara ASEAN lain mempelajari bagaimana Jepun berjaya memajukan negara mereka tanpa mengabaikan aspek warisan bangsa.

"Pelajar kita yang mengambil subjek Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga akan melawat kilang-kilang perindustrian utama termasuk pembuatan kereta Toyota dan barangan elektrik Hitachi serta lawatan ke stesen penyiaran televisyen selain beberapa buah universiti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas jamuan makan tengah hari meraikan kumpulan pelajar tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Abdul Aziz Abdul Latif.

Sementara itu, pelajar, Nurfarahani Abd. Hakim, 23, berkata, dia tidak sabar menjejaki bumi Jepun setelah sekian lama mengagumi budaya dan bahasa masyarakat bersemangat waja itu.

Pelajar tahun tiga Jurusan Keusahawanan dan Perdagangan itu berkata, berbeza dengan rakan sekampus yang dilanda badai 'Hallyu' atau Korea, dia lebih teruja dengan rahsia kekentalan orang Jepun dalam membina dan membangunkan masyarakat dan negara mereka.

"Saya sangat suka menonton cerita Jepun dan mempelajari dari jauh apa yang membuatkan mereka begitu hebat. Saya tidak sabar mempraktik Bahasa Jepun yang saya pelajari di UMK meskipun mengakui mungkin sukar memahami sepenuhnya apa yang penduduk di sana ucapkan.

"Setakat ini, saya sudah dapat menguasai dua daripada tiga jenis tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana manakala jenis ketiga iaitu Kanji pula sedikit sukar kerana lebih mirip kepada tulisan Cina," katanya yang meminati aktor terkenal Jepun, 'Yamapi'.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat