Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 Jun 2013 02:51 PM PDT Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mendakwa menang selepas tindakan keras ke atas demonstrasi, ketika polis menyerbu rumah dan menahan ratusan penunjuk perasaan untuk menamatkan ketegangan hampir tiga minggu itu. Selepas pertempuran sengit hujung minggu lalu yang dicetuskan selepas penunjuk perasaan diusir dari Taman Gezi di Istanbul, tumpuan bantahan itu, penunjuk perasaan berusaha berkumpul semula dan polis berdepan dengan pertempuran dengan kumpulan lebih kecil di seluruh negara. Bantah dalam diam Di Istanbul, berpuluh-puluh penunjuk perasaan menukar tindakan kepada membantah dalam diam, berdiri tegak sebagai tanda bantahan di Dataran Taksin terletak bersebelahan Taman Gezi. Ketika bantahan semakin hilang kepadatan, Erdogan berkata, beliau berjaya menangani krisis itu yang dilihat sebagai cabaran terbesar kepada kerajaan berakar umbi Islam yang dipimpinnya selama 10 tahun. Demokrasi diuji lagi dan akhirnya berjaya. Rakyat dan kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menggagalkan rancangan itu yang dimulakan pengkhianat dan rakan subahat asing, katanya kepada anggota AKP yang disambut sorakan gemuruh. Yakin beliau sudah menenangkan ribut, Erdogan memberi amaran terhadap sebarang kebangkitan semula bantahan. Bermula hari ini, tiada persoalan menunjukkan sebarang tolak ansur kepada sesiapa atau pertubuhan yang terbabit dalam tindakan ganas, katanya. Namun, beliau berkata, polis sudah melepasi ujian demokrasi dengan reaksi mereka kepada ketegangan itu dan berikrar akan meningkatkan kuasa mereka. Di Istanbul, pegawai menahan kira-kira 90 orang anggota Parti Sosialis Tertindas (ESP), kumpulan kecil berhaluan kiri yang aktif dalam tunjuk perasaan itu, kata persatuan peguam Istanbul. Media tempatan melaporkan, 30 turut ditahan di Ankara dan 13 lagi di Eskisehir. AFP |
Posted: 18 Jun 2013 02:44 PM PDT Sao Paulo: Demonstrasi di Brazil merebak ke seluruh negara bantahan terbesar sejak berakhirnya pemerintahan kuku besi dari 1964 hingga 1985, menyatukan penduduk yang kecewa dengan perkhidmatan pengangkutan, kesihatan, pendidikan, dan keselamatan selain beban cukai tinggi. Lebih 100,000 rakyat berada di jalan raya kelmarin bagi menyertai bantahan aman di sekurang-kurangnya lapan bandar raya besar. Sebahagian besarnya digerakkan dengan imej polis Sao Paulo memukul penunjuk perasaan dan melepaskan tembakan peluru getah ke arah kumpulan itu ketika perhimpunan yang menarik penyertaan 5,000 penduduk minggu lalu.
Bantahan kelmarin berlaku selepas perlawanan pembukaan bola sepak Piala Konfederasi hujung minggu lalu, sebulan sebelum lawatan pope, setahun sebelum kejohanan Piala Dunia dan tiga tahun menjelang Olimpik 2016 di Rio de Janeiro. Ketegangan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan, terutama selepas bantahan awal menyebabkan berlaku pertempuran dengan polis. Keji kenaikan tambang bas Di Sao Paulo, hab ekonomi Brazil, sekurang-kurangnya 65,000 penunjuk perasaan berkumpul kelmarin di plaza kecil yang kemudian berpecah ke tiga arah dalam atmosfera Carnival, dengan pengetuk dram melagukan rentak samba ketika peserta melaungkan lagu antirasuah. Mereka juga mengeji perkara yang mencetuskan bantahan mula minggu lalu, kenaikan tambang bas dan kereta api bawah tanah sebanyak 10 sen.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |