Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang masalah politik dan ekonomi Posted: 18 Jun 2013 10:14 AM PDT TEHERAN 19 Jun - Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berjumpa penggantinya, Hassan Rowhani buat kali pertama semalam. Rowhani, seorang ulama berusia 64 tahun yang dijadualkan memikul jawatan sebagai Presiden mulai 3 Ogos depan, memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden Jumaat lalu, bagi menggantikan kepimpinan Ahmadinejad yang telah memerintah selama lapan tahun. "Kedua-dua (mereka) membincangkan isu berkaitan politik dan ekonomi negara," lapor televisyen negara Iran. - AFP |
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq Posted: 18 Jun 2013 10:05 AM PDT BAGHDAD 19 Jun - Seramai 18 orang terkorban dan 30 yang lain cedera apabila dua pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah masjid di sini semalam. Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua pengebom yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan meletupkan diri di luar masjid, diikuti letupan susulan beberapa minit selepas orang ramai berkumpul menyaksikan kejadian yang pertama. Iraq telah menyaksikan peningkatan keganasan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini ekoran penentangan yang makin memuncak terhadap kerajaan Perdana Menteri Nuri al-Maliki. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |