Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 27 Jun 2013 02:52 PM PDT Pretoria: Keadaan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, 94, dilaporkan sedikit pulih tetapi masih kritikal, ketika anak perempuannya memarahi media asing yang dituduh keterlaluan dalam liputan mengenai bapanya. Lewat kelmarin, kerajaan Presiden Jacob Zuma melaporkan keadaan Mandela semakin tenat, selepas hampir tiga minggu dirawat di hospital kerana jangkitan paru-paru.
Zuma kemudian mengunjungi kali kedua Mandela dan diberitahu doktor bahawa keadaannya bertambah baik. Beliau makin baik (semalam) berbanding malam kelmarin. Pasukan perubatan bertugas cemerlang, kata Zuma dalam kenyataannya. Beliau menyifatkan keadaan Mandela kini stabil tetapi masih lagi kritikal. Media asing keterlaluan
Tetapi, jika kami bercakap, dia cuba buka mata. Dia masih beri respon.
Mereka seperti burung nasar menunggu singa habis makan kerbau untuk meratah bangkainya. Itulah perasaan keluarga kami terhadap mereka, katanya ketika dikerumuni jurukamera dan wartawan di luar hospital. Makaziwe membuat kecaman itu selepas jurucakap kerajaan, Mac Maharaj, turut memberi teguran terhadap laporan media asing yang memberi gambaran seolah-olah Mandela tidak akan pulih. Maharaj enggan mengulas laporan terbaru media Amerika bahawa Mandela kini bernafas dengan bantuan mesin. Katanya, perkara itu sepatutnya dirahsiakan.
|
Posted: 27 Jun 2013 02:51 PM PDT Hong Kong: Kesilapan Amerika Syarikat memberi nama tengah Edward Snowden menyebabkan bekas perisik itu terlepas, kata pegawai Hong Kong. Mereka berkata, wujud perbezaan nama tengah dalam rekod yang diberi Amerika untuk menahan pegawai Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA).
Tetapi, kerajaan Amerika menggunakan nama James dalam dokumen tertentu atau Edward J Snowden dalam fail lain. Nama-nama itu berbeza, jadi ia perlukan penjelasan, kata Yuen. Selain itu, Amerika juga tidak memberi nombor pasport Snowden. Snowden bersembunyi di Hong Kong selama beberapa minggu selepas mendedahkan program rahsia pengintipan Amerika. Hong Kong membenarkannya berlepas ke Moscow, Ahad lalu, atas alasan permintaan Amerika untuk menahan Snowden tidak memenuhi syarat.
Ecuador beri amaran Ecuador pula memberi amaran ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mempertimbangkan permohonan suakanya. Snowden tidak dilihat sejak tiba di sini Ahad lalu dan masih dalam zon transit di lapangan terbang Sheremetyevo. Dia tidak melanggar undang-undang Russia. Dia berada dalam zon transit lapangan terbang dan boleh pergi ke mana saja dia mahu, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavros. Amerika sudah membatalkan pasport Snowden dan memberi tekanan ke atas Moscow supaya menyerahkannya. WikiLeaks mendakwa, Snowden meninggalkan Hong Kong dengan satu dokumen pelarian dibekalkan Ecuador namun Quito berkata ia masih mengkaji permohonan suakanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |