Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 21 Jun 2013 05:54 PM PDT Berat badan turun 8kg dalam 6 bulan Kemunculan Stacy pada malam Anugerah Blokbuster 2 minggu lalu saat mendendangkan lagu Bosan rata-ratanya mengejutkan ramai pihak. Susuk tubuhnya yang dulu agak berisi akhirnya berubah. Ternyata azamnya untuk menguruskan berat badan berjaya direalisasikan. Malah, Stacy menerusi persembahan yang turut diiringi penari itu amat bertuah kerana turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Astro Gempak WeChat yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Kategori berkenaan diwujudkan untuk artis yang membuat persembahan di Anugerah Blokbuster 2.
"Berat saya dulu ketika gempal pernah mencecah 54 kilogram. Tetapi sejak April lalu, saya sudah kembali mendapatkan berat badan yang diingini iaitu 46 kilogram. Sejujurnya saya ingat hasrat nak menguruskan badan ini akan makan masa enam bulan mahupun lebih setahun. Sanggup tolak tawaran "Malah, demi memberi tumpuan kepada niat menguruskan badan, saya sanggup menolak sebarang tawaran menyanyi. Cuma terdetik juga bimbang 'kehilangan' saya untuk tujuan berkenaan akan disangka seperti hilang untuk selamanya. Cuma untung saya boleh kembali kurus dalam tempoh sekejap.
Mengintai kerjaya, tak dinafikan juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini terus utuh meneruskan survival seninya. Setiap lagu baru yang dinyanyikannya tidak kira berentak rancak atau balada pasti akan menjadi hits dan sedap didengar. Itu fakta yang tak boleh dinafikan mengenai Stacy. Tunggu album terbaru Kata Stacy, menurut perancangan, dia sepatutnya muncul dengan album terbaru pada tahun ini. Namun hasrat itu jadi tergendala kerana beberapa perkara termasuklah hal membabitkan usaha menguruskan badan. Lalu, Stacy berharap peminatnya akan setia menunggu kemunculan baru dijadualkan paling lewat muncul awal 2014. "Saya sudah merakamkan demo lagu yang ingin dirakamkan. Malah Mei lalu, saya sempat bekerjasama dengan kolaborasi artis Indonesia, Smash menerusi lagu Hello. Bagaimanapun lagu ini tak akan dimuatkan dalam album baru. Barangkali dalam album mereka. "Klip video pun sudah dirakamkan ketika saya ke Indonesia bulan lalu. Setahu saya lagu ini mungkin d ipromosi ka n selepas Aidilfitri nanti. Berbalik kepada album solo, saya tak mahu terburu-buru dalam menghasilkannya. Saya tak nak asal tangkap muat saja. "Dengan pengalaman saya kini, saya perlu memberikan yang terbaik untuk peminat sekali gus mengutamakan kualiti. Saya akan habishabisan untuk album ini. Konsep album dan lagu juga boleh saya katakan lebih segar. Mungkin juga beberapa lagu saya akan dipromosikan tahun ini untuk mengubati rindu peminat sebelum album penuh muncul," katanya yang masih setia diuruskan Astro. Tugas sebagai ibu Sisi lain, tugasnya sebagai ibu kepada anak angkat comel bernama Bella Valentina masih diteruskan. Bella kini berusia setahun empat bulan. Nama, Valentina diambil bersempena kelahirannya ketika sambutan Valentine diraikan beliau. Stacy juga antara artis yang kerap memuat naik gambar anaknya di laman Instagram. "Saya tiada masalah memikul tanggungjawab sebagai ibu. Malah dalam beberapa acara, Bella juga datang menemani. Saya tak gusar kerana sekalipun sibuk ada ahli keluarga yang menjaganya," kata penyanyi lagu Pelangi Senja dan Kisah Dongeng ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |