Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Zahid AF nikah Sarah, Beego kahwin Linda Posted: 07 Jun 2013 03:38 PM PDT Kuala Lumpur: Juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Zahid dan pasangannya, Sarah Julifa Yusof, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak, petang semalam. Zahid, 32, yang juga penyampai radio ERA FM sah menjadi suami kepada Sarah Julifa, 25, dengan hanya sekali lafaz. Beego, Linda diijab kabul Sementara itu, pasangan pelakon, Md Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, dan Norhazlinda Hashim atau Linda, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zahid, Wangsa Maju, di sini 9.30 malam tadi. Pasangan yang mengikat pertunangan pada 3 November 2012 itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab disaksikan bapa Linda, Hashim Yusuf dengan mas kahwin RM300. Linda menerima wang hantaran RM35,000 beserta tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sepasang kasut, jam tangan, telekung dan sejadah, set wangian diri, beg tangan dan sirih junjung. Beego bersyukur majlis berjalan lancar dan mengharapkan perkahwinan keduanya itu kekal hingga ke akhir hayat selepas perkahwinan pertama pada 2010 hanya mampu bertahan 10 hari. |
Miang Buluh Keladi Birah menang empat kategori Posted: 07 Jun 2013 03:34 PM PDT Bade Azmi juga dinobatkan Pengarah Terbaik Kuala Lumpur: Telefilem arahan Bade Azmi, Miang Buluh Keladi Birah menang empat kategori daripada sembilan kategori dipertandingkan dalam Malam Anugerah Tribute P Ramlee (MATP), malam tadi di Panggung Sari, Istana Budaya. Sutradara yang juga suami kepada Erma Fatima itu juga dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik.
Isterinya juga tidak pulang tangan kosong apabila berjaya dalam kategori utama pelakon menerusi telefilem Selagi Cinta Berzikir. Sharifah Amani dan Beto Kusyairy masing-masing cemerlang dalam kategori Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik, manakala kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menjadi milik mutlak Mislina Mustaffa menerusi telefilem Di Manakan Ku Cari Ganti arahan Osman Ali. Telefilem arahan Osman itu juga berjaya meraih perhatian juri untuk kategori Videografi Terbaik (kerja tangan Bob Fitri). Sementara itu, anugerah khas iaitu Anugerah Penampilan Istimewa Terbaik diberikan kepada Datuk Ahmad Tarmimi Siregar menerusi telefilem Titisan Kasih diarahkan Rashid Sibir. Kali pertama
Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai beserta trofi. MATP dianjurkan oleh RTM dengan kerjasama beberapa pihak termasuk syarikat Suhan Movie & Trading Sdn Bhd milik Rosyam Nor. 10 telefilem dicalonkan Sebanyak 10 telefilem dicalonkan ialah projek khas terbitan Suhan iaitu Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Getaran Jiwa (Michael Ang), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M Osman). Turut dipertandingkan ialah telefilem Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah), Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima). Telefilem terbabit disiarkan setiap Ahad 9 malam bermula 4 November 2012 hingga 6 Januari 2013 di TV1. Acara kemuncak malam semalam dikendalikan penyampai Suria FM, Linda Onn dan Terence Dass. Sazzy Falak dan penyampai Nasional FM, Muaz pula diberi mandat menceriakan acara permaidani merah. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |