Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 08 Jun 2013 06:01 AM PDT WARNA hitam dan putih telah menjadi antara warna yang digemari remaja hari ini, lebih-lebih lagi warna-warna itu tampil dengan gaya elegan, ringkas dan senang dipadankan dengan pelbagai keadaan. Namun jika tidak mahir, warna itu juga boleh membuatkan seseorang tampak agak membosankan dan muram, apatah lagi warna itu sering digambarkan dengan kesedihan. Pada minggu ini, ruangan Trend menampilkan beberapa gaya hitam dan putih dari Eimteeyax Boutique (EB) yang menjadi kegemaran remaja hari ini. Dengan gaya bertudung juga membolehkan mereka tampak cantik, moden dan kontemporari serta sopan dipandang. Kamu juga tidak perlu risau kerana warna-warna itu boleh digayakan ke mana-mana acara sekalipun, tidak kira ke majlis rasmi, santai bersama rakan dan juga majlis-majlis sosial yang lain. Mari kita lihat antara koleksi di bawah siri EB Exclusive yang menjadi tema untuk jenama Eimteeyax Boutique. Gaya EB Exclusive lebih tertumpu kepada tema classy, edgy dan juga elegan yang menekankan konsep ringkas dan minimalis serta menggunakan rona hitam dan putih sebagai pilihan utama. - AMIRUL |
Posted: 07 Jun 2013 12:11 PM PDT WAJAH yang cantik dan kulit yang mulus seakan bebas daripada sebarang cela, sudah tentulah terhasil daripada penggunaan berus solekan yang betul. Penggunaan berus solekan yang kerap biasanya akan meninggalkan kesan kotor termasuk lebihan warna yang kurang menyenangkan pada bulu berus solekan kamu. Jika tidak dibersihkan, kulit wajah kamu akan menerima tempiasnya seperti jerawat, alahan atau kulit pipi mungkin bertukar warna kemerahan jika kamu masih menggunakan berus solekan yang kotor itu. Jangan risau, masih belum terlambat buat kamu untuk mencuci berus solekan. Ini kerana proses mencucinya sangat mudah dan menjimatkan masa. Ruangan Kecantikan kali ini menunjukkan cara-cara membersihkan berus solekan. Jom kita baca selanjutnya. - LAILISUHANA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |