Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 08 Jun 2013 06:30 PM PDT Amy Mastura tidak lagi guna khidmat Nana sebagai pengurus Sejak 20 tahun lalu, ketika mula bergelar anak seni, nama Amy Mastura dengan pengurusnya, Nana Ahmad cukup sinonim. Mereka mempunyai pertalian persaudaraan dan memang diketahui cukup rapat. Tetapi pertemuan dengan Amy pada Selasa lalu di Hulu Langat mengejutkan wakil B*POP. Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran telefilem untuk musim raya bagi siaran TV9 berjudul Mana Kuali Opah arahan Shaffi Khan yang diterbitkan Zeel Production. Rupa-rupanya, ibu kepada dua anak yang menginjak usia 42 tahun pada 10 Mei lalu sudah bergerak sendiri untuk menguruskan kerjayanya sejak hampir setahun lalu. Sangkakan, isteri Alvin Tham Sufian ini masih diuruskan Nana biarpun diketahui Nana sudah mula membabitkan diri dengan menguruskan Anuar Zain pada masa sama. Rupa-rupanya tidak. Nana kini menyertai pengurusan Anuar Zain Network Sdn Bhd. Bukan sesuatu yang pelik pun apabila berlaku peralihan pengurusan. Amy sendiri melihat perkara itu sesuatu yang positif. Cuma jika selama ini, setiap inci kerja diserahkan kepada Nana tetapi kini Amy sudah mula berdikari.Teman baiknya yang juga jurusolek, Hadthim Thai turut membantu Amy serba sedikit. "Kalau dulu tak tahu jalan, dialah (Nana) jadi `operator penunjuk arah jalan'. Tapi sekarang saya kena cari jalan sendiri. Malah, urusan membabitkan e-mel pun saya sudah belajar menggunakannya. Saya umpama bertatih... belajar sendiri. Alhamdulillah ada rezeki yang mendekati saya. "Macam tawaran berlakon telefilem, Mana Kuali Opah ini pun orang kuat Zeel Production, Fadzil Teh hubungi Hathim. Memang pada mulanya kekok, apabila belajar berdikari tetapi saya yakin ia satu proses biasa dalam hidup. Saya pun tumpang gembira dengan kerjaya Nana di samping Anuar. Anuar pun kawan saya," kata ibu comel kepada Adriana dan Adalia itu. Sementara itu, pembabitan Amy menerusi telefilem Aidilfitri, Mana Kuali Opah yang turut dibintangi Azza Azlan, Norlia Ghani, Ezany, Wahid Senario dan Kiah Propa menjadi percubaan sulungnya bekerja di bawah terbitan Zeel. Penggambaran diadakan sejak 2 hingga 7 Jun lalu di Hulu Langat. "Saya terima tawaran berlakon telefilem ini sejak sebulan lalu ketika sedang menjalani latihan teater Nyonya & The Gang. Saya tanyakan kepada produksi teater terlebih dulu sebelum bersedia untuk mencuri masa menjalani penggambaran telefilem ini. Guna loghat Perak "Telefilem ini menggunakan loghat Perak. Ia bukan masalah kerana saya dilahirkan di sana. Cuma yang jadi lucunya, apabila di set penggambaran, bahasa saya hampir jadi tunggang langgang kerana bercampur dengan Azza yang gemar bercakap loghat Utara ketika kami berehat," kata Amy yang bakal beraksi di pementasan teater Nyonya & The Gang bermula 14 hingga 20 Jun di Panggung Sari, Istana Budaya. Amy turut ditanya mengenai hasrat pengarah Osman Ali untuk menghasilkan kesinambungan cerita Toll Gate Girl yang disiarkan di ntv7 sejak lebih sedekad "Kalau kena pada keadaan, masa, hasrat itu jadi kenyataan dan saya sendiri menerima tawaran, semestinya saya tak mahu melepaskan watak Markonah. Sayang untuk membiarkan watak itu diberikan kepada orang lain. Saya seperti bertanggung jawab kepada watak Markonah," kata Amy yang sempat mengacarakan rakaman program berbentuk majalah, Maintain untuk siaran TV Singapura sebanyak 8 episod beberapa bulan lalu. Instagram Amy Mastura: @senturaholding, Twitter (@amymastura10), Fanpage Facebook (Amy Mastura Real). |
Tania Hudson tinggalkan lokasi penggambaran Posted: 08 Jun 2013 06:13 PM PDT Ada macam-macam perangai daripada pelakon muda yang sampai ke telinga Kak Pora. Kebanyakannya perangai tak elok, tak berdisiplin dan tak senonoh. Harap muka lawa, comel, macho tapi perangai entah apa-apa. Banyak yang perasan glamor, sedangkan bakat lakonan taklah sehebat mana. Ramai yang berlakon satu dua drama, tapi berlagak macam berlakon watak utama dalam filem box office.
Kak Pora nak kongsi cerita mengenai gelagat adik Natasha ini yang terjadi di selatan tanah air. Rasa nak gelak pun ada apabila dapat tahu mengenai cerita Tania yang dikhabarkan meninggalkan lokasi penggambaran drama yang dibintanginya. Kak Pora tak mahu cerita lebih punca dia berperangai macam itu, tetapi memang tak sepatutnya dilakukan oleh Tania. Tekanan kerja berlakon Iyalah, Tania ini tak popular mana pun. Bukan bermakna nak merendahkan kebolehan dan bakat Tania. Cuma sayanglah, dia bukan selalu menjadi pilihan pengarah dan penerbit. Setakat ini, Kak Pora belum dapat senaraikan mana-mana lakonan Tania yang boleh dibanggakan.
Malah babak membabitkan dirinya juga dikatakan mengambil waktu lama. Mungkin sebab tak tahan, Tania nekad tinggalkan lokasi penggambaran. Tak tahan tekanan? Kalau sudah tahu susah, lain kali janganlah sibuk nak berlakon atau terima tawaran berlakon yang akhirnya tak mampu dibawa. Kalau ada tawaran berlakon, pastikan watak dan aksi yang nak dibuat tak berat, tak menyusahkan diri, tak perlu berpanas atau berjaga sampai lewat pagi. KAK PORA: Rasa tergelak dan nak 'muntah' bila ada segelintir pelakon muda bercakap nak watak yang mencabar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |