Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Fabregas dalam senarai teratas Posted: Fabregas dalam senarai teratas
LONDON – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Denis Irwin mendakwa skuad The Red Devils bersungguh-sungguh untuk menandatangani pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas pada Ogos depan. Irwin berkata, beliau yakin United akan memenangi perebutan bagi mendapatkan Fabregas meskipun pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu turut menjadi sasaran utama bekas kelabnya, Arsenal. Irwin antara individu terawal yang mendedahkan keinginan United untuk menandatangani penyerang Arsenal, Robin van Persie tahun lalu. Kini, bekas pemain pertahanan kiri yang dihormati dan menggalas tugas sebagai duta di Old Trafford itu mendedahkan, Fabregas berada dalam senarai teratas kelab itu. "Fabregas diletakkan di kedudukan teratas dalam senarai perpindahan pemain di United dan juara Liga Perdana England itu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. "Bintang Barcelona itu mahu meninggalkan Stadium Nou Camp dan United serius mahu mendapatkannya. Jadi, rundingan sepatutnya berlangsung dengan mudah. Fabregas ialah pemain tengah yang diperlukan United sekiranya mereka mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara musim depan. "Fabregas dijangka menjadi rebutan banyak kelab dan saya yakin harga pemain itu akan meningkat," kata Irwin. Sementara itu, Irwin turut menjangkakan United akan membuat tawaran bagi mendapatkan pemain Everton, Leighton Baines dan Luke Shaw dari Southampton, manakala Nani serta Patrice Evra akan meninggalkan Old Trafford sebaik David Moyes memulakan tugas selaku pengurus United Ogos depan. – Agensi | |
Posted: Medan tebus maruahOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE HARIMAU Malaya akan menghadapi aksi persahabatan kedua di bumi Australia berdepan Marconi Stallions di New South Wales esok. AKSI persahabatan kedua Harimau Malaya di bumi Australia berdepan Marconi Stallions di New South Wales esok dilihat sebagai medan terbaik menebus maruah yang tercalar. Selepas dikecam hebat ekoran pembatalan aksi persahabatan yang sepatutnya berdepan Singapura sebelum ini, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal juga tampak malu besar apabila ditewaskan kelab Australia, Canberra FC 2-3 minggu lalu. Lebih memalukan, akhbar tempatan, The Canberra Times juga menggunakan tajuk 'Pemain tidak profesional raih kemenangan terhadap skuad kebangsaan' (part-timers steal win over internationals) sehari selepas perlawanan yang jelas memberikan impak negatif terhadap maruah skuad negara. Justeru, hanya kemenangan ke atas Marconi Stallions sahaja mampu memadam duka skuad negara sebagai persiapan berdepan Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober depan. Namun, ia bukan satu tugas yang mudah apabila Marconi Stallions difahamkan bakal diperkuatkan dengan beberapa pemain utama termasuk dua pemain import, Nahuel Arrarte dari Argentina dan bekas penyerang Dundee United, Keith Shevlin dari Ireland. Ketika berdepan Marconi Stallions esok, Rajagobal dijangka menagih sentuhan penyerang prolifik, Safee Sali yang mencetak kedua-dua gol Harimau Malaya ketika berdepan Canberra FC tempoh hari. "Saya berpuas hati dengan Safee yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu. "Sudah lama Safee tidak menjaringkan gol. Jadi, saya berharap dia serta pemain-pemain lain dapat mempamerkan rentak yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya," kata Rajagobal baru-baru ini. Selain Safee, kreativiti arkitek muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga dijangka berada dalam radar Rajagobal bagi menyerap asakan lawan dari bahagian tengah padang. Selepas berdepan Marconi Stallions, skuad negara bakal menguji Sydney United, Khamis depan sebelum kembali ke tanah air dua hari kemudian. Ujian Harimau Malaya juga tidak berakhir di situ apabila bakal berdepan Chelsea (21 Julai) dan Barcelona (10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menyambung misi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015. Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan Yaman 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu. | |
Posted: Fatehah, Firdaus curi tumpuanFATEHAH (kiri) dan Firdaus menunjukkan pingat emas yang dimenangi semalam. PELUMBA basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa mencuri tumpuan peminat dalam acara pecut 200 meter individu pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Grand Prix (GP) Asia Tenggara 2013 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam. Pelumba Olimpik berusia 24 tahun yang mewakili pasukan Sime Darby Foundation Track Team itu berjaya mengenepikan cabaran Kaarie McCulloch mewakili pasukan Jayco Team dari Australia. Pingat gangsa dimenangi rakan sepasukan Fatehah, Ummi Hamimah Mohamad yang menewaskan pelumba pelapis kebangsaan, Nurul Alissa Mohamad Azman. "Perlumbaan hari ini agak sengit bila bersaing dengan pelumba Australia ini. "Saya pernah menang dua kali bertarung dengan dia (Kaarie) sebelum ini iaitu sebelum Sukan Olimpik 2012 di London dan satu kejohanan di Australia. Ini kali ketiga saya menang," kata Fatehah. Tumpuan Fatehah kini terarah kepada saingan acara keirin pada hari terakhir siri Grand Prix Asia Tenggara itu hari ini. "Saingan masih lagi Kaarie. Bagaimanapun, saya tidak tahu prestasi sebenar dia sebab sekarang ini dia berpangkalan di Jepun. Apa yang saya tahu, prestasi dia lebih kurang sama sahaja dengan saya. "Saya harap dapat kekalkan pingat emas dalam acara keirin yang saya menang minggu lepas. Untuk hari terakhir esok (hari ini), saya perlu berhati-hati dan buat yang terbaik," kata Fatehah. Pada saingan siri pertama minggu lepas, Fatehah tidak mendapat cabaran daripada pelumba dari luar negara dan hanya bersaing sesama sendiri bersama pelumba elit Malaysia yang lain. Sementara itu, pelumba pelapis kebangsaan, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis menebus kekecewaan gagal meraih pingat emas dalam acara 200m pecut pada siri pertama kejohanan itu. Dia menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada perlumbaan akhir acara pecut 200m remaja lelaki, manakala pingat gangsa milik Muhammad Khairul Adha Rasol dari Johor yang menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Faruq Dawod. "Saya gembira sebab mendapat pingat emas dan menebus kekalahan minggu lepas. "Saya jadi bersemangat untuk dapatkan dua lagi pingat emas esok ekoran kejayaan ini. Kedua-dua acara memang saya sasar emas," kata pelumba berusia 16 tahun yang setakat ini meraih dua pingat emas. Dia mengungguli acara 1 km ujian masa semalam dan tumpuan esok adalah dalam acara pecut berpasukan dan keirin. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |