{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Tragedi bot karam: Mayat kanak-kanak ditemui

Posted: 01 Jun 2013 12:43 AM PDT

Sebuyau: kanak-kanak lelaki berusia setahun dua bulan yang hilang selepas terlepas daripada pelukan ibunya dalam kejadian sebuah bot karam di Kampung Skitong di sini semalam dijumpai terapung oleh penduduk kira-kira 20 meter dari tempat kejadian pada jam 1.30 petang tadi.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan meninggal dunia

Posted: 01 Jun 2013 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr Zakaria Mohamed Yatim, 78, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, hari ini akibat masalah paru-paru.

"Allahyarham memang sering dimasukkan ke HUKM sejak dua bulan lalu," kata anak saudaranya, Md Jumaat Md Ali ketika mengesahkan kematian Zakaria pada kira-kira 6.40 pagi, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Roszita Zainuddin serta dua anak perempuan, Shahnaz dan Siti Zubaidah.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zohor.

Allahyarham mula menceburi perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai Majistret pada 2 Mac, 1964 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Oktober 1996.

Beliau juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan Bahagian Jenayah serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara dari 1980 hingga 1983. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat