{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Perak tingkatkan infrastruktur

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

IPOH 31 Mei - Kerajaan negeri akan meneruskan agenda meningkatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini supaya kemampuan dan keupayaan yang dimiliki mampu menarik kehadiran lebih ramai pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, walaupun Perak tidak mempunyai masalah dari aspek logistik dan perhubungan namun penekanan tetap diperlukan bagi memberi nilai tambah kepada kemudahan sedia ada.

Katanya, perkara itu memandangkan pembangunan prasarana merupakan asas kepada sebarang bentuk pelaburan yang akhirnya akan membawa pulangan atau pendapatan kepada sesebuah negeri.

"Untuk membangunkan Perak, apa yang paling penting adalah berkaitan infrastruktur supaya kemudahan yang sempurna menjadi tarikan kepada pelabur dan perusahaan luar untuk datang bertapak di negeri ini.

"Walau bagaimanapun, pembangunan yang bakal ditingkatkan nanti tidak hanya tertumpu kepada bidang komersial semata-mata tetapi pada masa sama menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas bekas Exco terdahulu, Datuk Ramly Zahari di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata, pihaknya akan turut menumpukan usaha meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

"Selama ini bila sebut tentang infrastruktur, kita akan kaitkan dengan industri, perkilangan dan pembuatan sedangkan kemudahan ini turut melibatkan penyertaan masyarakat.

"Jadi, kita akan lihat elemen-elemen yang boleh ditingkatkan dalam perkhidmatan ini agar memberi impak sekali gus membawa keselesaan bukan sahaja kepada pelabur tetapi penduduk setempat," katanya.

Mengulas mengenai portfolio baharu yang disandangnya, Zainol Fadzi yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri berkata, tugas tersebut merupakan amanah yang akan digalasnya dengan baik.

"Ini cabaran untuk saya sebagai Exco , walaupun bertukar portfolio, saya yakin mampu menjalankan amanah dan berharap semua pengarah dan ketua jabatan berkaitan portfolio baharu ini dapat bersama menjalin kerjasama yang baik," katanya.

Orang Asli mohon bina surau

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

SUNGAI SIPUT 31 Mei - Penduduk di perkampungan Orang Asli Kuala Mu memohon kerajaan menimbang cadangan pembinaan sebuah surau di kawasan itu bagi memudahkan aktiviti ibadat dan kemasyarakatan masyarakat di sana.

Tok Batinnya, Karim Busu berkata, perkara itu berikutan kira-kira 150 penduduk yang menetap di kawasan itu adalah terdiri daripada masyarakat Orang Asli Temiar beragama Islam.

"Setiap kali pada Hari Raya Aidilfitri, kami hanya bersembahyang di rumah. Namun, kami amat bersyukur apabila jalan dari Pos Legap ke Pos Kuala Mu dibuka secara rasmi baru-baru ini sekali gus menyingkatkan perjalanan kami ke bandar Sungai Siput dalam tempoh masa dua jam setengah.

"Seperkara lagi, sekiranya dapat dipasang lampu jalan di kawasan kampung kami adalah lebih baik kerana waktu malam di sini terlalu gelap," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

5,000 hadir majlis kesyukuran BN

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

SUNGAI PETANI 31 Mei - Kira-kira 5,000 penduduk hadir pada majlis jamuan kesyukuran anjuran Barisan Nasional (BN) Sungai Petani di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) Tikam Batu di sini, semalam.

Pengerusi BN Sungai Petani, Ali Yahya berkata, program berkenaan bertujuan mengeratkan lagi hubungan baik antara BN dengan pemimpin serta anggota masyarakat setempat di kawasan Parlimen Sungai Petani.

Katanya, sambutan orang ramai terhadap majlis itu amat baik.

"Kita menyembelih empat ekor lembu untuk majlis itu yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Menurut Ali, penduduk yang hadir juga menyampaikan pelbagai pandangan kepada beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka yang baharu selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sebagai wakil rakyat baharu, saya sedia menerima pelbagai pandangan baik untuk memajukan kawasan Pantai Merdeka termasuk menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di negeri ini," katanya lagi.

Ali menambah, kejayaan BN menawan semula Pantai Merdeka apabila mengalahkan calon Pas, Abdullah Jusuh yang merupakan penyandang kerusi itu, membolehkan pelbagai perubahan dilakukan untuk penduduk agar tidak tersisih dari arus pembangunan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat