{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Tangguhkan perjalanan ke Iraq - Wisma Putra

Posted: 01 Jun 2013 01:11 AM PDT

PUTRAJAYA 1 Jun - Kementerian Luar hari ini menasihati semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan ke Iraq buat masa ini demi keselamatan mereka berikutan perkembangan terkini di negara berkenaan.

Kenyataan Wisma Putra di sini menyebut, kementerian itu bimbang dengan keadaan keselamatan yang tidak stabil di Iraq dan akan terus memantau rapi perkembangannya. - BERNAMA

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan meninggal dunia

Posted: 01 Jun 2013 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Jun - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Mohamed Yatim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini akibat masalah paru-paru.

"Allahyarham memang sering dimasukkan ke PPUKM sejak dua bulan lalu," kata anak saudaranya Md. Jumaat Md. Ali ketika mengesahkan kematian Zakaria pada kira-kira 6.40 pagi kepada Bernama hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Roszita Zainuddin serta dua anak perempuan, Shahnaz dan Siti Zubaidah.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zohor.

Allahyarham mula menceburi perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai Majistret pada 2 Mac, 1964 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Oktober 1996.

Beliau juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan Bahagian Jenayah serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara dari 1980 hingga 1983. - BERNAMA

Jalan sesak di MRR2

Posted: 31 May 2013 11:51 PM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 1 Jun - Aliran trafik di jalan-jalan utama di pinggir ibu negara dilaporkan sesak berikutan sambutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menurut maklumat Bilik Gerakan Polis Trafik Ampang Jaya dan Gombak, kenderaan bertambah sejak kira-kira pukul 12 tengah hari hingga menyebabkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah (JLT) 2 berhampiran susur masuk Pandan Indah serta dari Baru Caves menghala ke Ampang. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat