{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Rodriguez suka watak pejuang

Posted: 31 May 2013 07:16 AM PDT

Prinsip bintang filem Latin yang seksi, Michelle Rodriguez ini memang teguh apabila membabitkan soal kerja. Apabila menyentuh soal watak yang ditawarkan kepadanya, dia sanggup menyuarakan pandangannya kepada pengarah agar lakonannya nampak hebat.

Imbas semula memori 12 tahun lalu ketika awal pembabitannya dengan francais filem aksi kereta Fast & Furious, Rodriguez yang masih setahun jagung ketika itu berani menyuarakan pendiriannya demi hak dan jati diri sebagai pelakon.

Akuinya, dia pernah menangis kekecewaan pada peringkat awal pembikinan filem itu pada 2001 kerana tidak gembira dengan karakter Letty Ortiz yang diterimanya.

Ujar aktres yang bakal berusia 35 tahun pada 12 Julai ini, karakter asal yang diperuntukkan adalah sebagai seorang wanita yang bermoral rendah dan jahat yang akan meninggalkan impak negatif kepadanya.


"Baik lelaki atau wanita di dunia ini tidak akan menghormati perempuan sebegitu (tidak bermoral). Wanita sebegitu dianggap tidak bermaruah, murah dan menjadi pelepas nafsu semata-mata.


"Saya pernah menangis di set peng­gambaran kerana terlalu kecewa dan tidak gembira dengan watak itu. Saya mahu terbabit dalam filem itu tetapi pada masa yang sama tidak mampu menggalas watak itu yang akan ditonton jutaan manusia di seluruh dunia.

"Ketika itu, saya hampir-hampir berputus asa. Saya bertekad untuk menarik diri, kembali ke tempat asal di Jersey City, New Jersey (Amerika Syarikat) dan hanya berlakon dalam filem-filem bebas yang kecil saja," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Fast & Furious 6 di Makati City, Filipina, baru-baru ini.

Sambung Rodriguez yang begitu menyerlah dalam Avatar, atas tekanan itu, dia mengambil keputusan untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada pengarah Rob Cohen yang menerajui siri pertama Fast & Furious berhubung watak berkenaan.

Dia meminta agar watak itu diubah suai dan digambarkan sebagai seorang wanita yang berani dan berdikari seperti mana yang kita saksikan hari ini.

"Bagi saya, seseorang aktres tidak harus akur dan bersetuju melakonkan watak wanita yang tidak akan dihormati penonton. Saya cenderung pada watak wanita yang kuat, berani, tabah dan sang­gup berjuang dalam kebanyakan filem lakonan saya.

"Aktres harus berpendapat begitu. Sia-sia saja jika seorang aktres tidak mahu mempertahankan hak mereka dan bersetuju bulat-bulat untuk membawa apa saja watak yang diberikan tanpa berfikir panjang," jelasnya lagi.

Bercerita mengenai watak Letty Ortiz yang 'dihidupkan semula' dalam Fast & Furious 6, Rodriguez akui, ia adalah perkara yang sukar untuk dijelaskan.

"Saya 'dibunuh' oleh penulis skrip (Chris Morgan) dalam bahagian keempat dan kini dihidupkan semula dalam Fast & Furious 6. Saya diminta untuk muncul semula oleh peminat, rakan pelakon dan orang yang rapat di sekeliling saya," katanya berseloroh.

Jelas Rodriguez, tanggungjawab menggalas semula watak serupa bukan tugas sekalipun dia sudah terbiasa dan menjiwai Letty Ortiz secara mendalam.

"Banyak tekanan sebenarnya. Tidak seminit pun saya mampu mengetepikan tanggungjawab besar itu ketika penggambaran berlangsung.

"Saya cuba atasi tekanan itu dengan memberikan kerja terbaik dan tidak sedikit pun kurang daripada yang diharapkan. Dengan itu, saya dapat mengawal kualiti kerja.

"Saya hanya berharap penonton menghargai hasilnya kerana saya sudah bekerja keras untuk komitmen ini," katanya yang bakal kembali dalam bahagian ketujuh siri itu pada tahun depan.

Menerusi watak Letty Ortiz, Rodriguez meniti populariti di seluruh dunia dalam The Fast & Furious (2001), Fast & Furious 4 (2009) dan terbaru, Fast & Furious 6.

Beralih pada perjalanan kerjaya selepas 13 tahun, Rodriguez berkata, dia berhasrat untuk berehat seketika daripada lakonan bagi memberikan tumpuan pada cabang penulisan skrip pula.

"Saya mendapat peluang untuk menulis (skrip). Sebenarnya, sudah 13 tahun saya menunggu peluang ini dan anda tentu tahu bagaimana seksanya penantian itu?

"Kini peluang itu berada di depan mata dan saya harus memulakannya. Saya mahu membawa diri jauh dari segala kesibukan ini dan berehat di kawasan pergunungan buat seketika.

"Lagi pun saya berbintang Cancer (simbol ketam) dan sudah menjadi resam untuk menyembunyikan diri," katanya.

Tidak minat lelaki metroseksual

Menjurus pula pada sisi peribadi, Rodriguez diusik mengenai elemen seksi yang sering dikaitkan dengannya yang berdarah Latin. Tanpa berlengah, dia membalas, seksi adalah sesuatu yang subjektif.

"Sesiapa pun boleh dianggap seksi bergantung kepada penilaian individu. Saya boleh menjadikan apa saja untuk kelihatan seksi. Saya boleh memakai jaket kulit labuh tanpa memakai apa-apa di dalamnya - itu pun seksi juga," katanya ringkas.

Bagaimanapun, tambahnya, jolokan seksi adalah perkara biasa bagi mana-mana bintang yang dilahirkan dengan baka Latin.

Apabila ditanya mengenai masa silamnya yang hitam, Rodriguez berkata, proses kematangan usia banyak mengubah dirinya secara menyeluruh.

"Saya pernah lalui masa silam yang teruk. Saya gemar berparti, nakal dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan masalah. Semua orang tahu mengenainya.

"Namun saya dapat melihat betapa kematangan usia mengubah diri saya. Saya belajar dari kesilapan lampau dan mahu menjadi insan yang lebih baik sekarang," katanya.

Ditanya pula mengenai lelaki idaman, Rodriguez berkata, dia hanya tertarik pada lelaki yang mempunyai karakter maskulin sebenar.

"Saya tidak boleh terpikat pada lelaki metroseksual yang melakukan rawatan kuku melebihi saya. Mungkin sebab itu, saya masih tidak temui teman lelaki selepas lapan tahun menetap di Los Angeles," katanya.

Tambahnya, dalam hubungan cinta, dia kurang yakin pada pembawaan dirinya yang boleh memikat lelaki. Justeru itu, ujarnya, cara terbaik untuk mengatasi keraguan itu adalah dengan menjadi diri sendiri.

Fast & Furious 6 arahan Justin Lin turut dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dywane Johson, Luke Evans dan Gina Carano. Ia kini masih ditayangkan di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat