{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Perhimpunan kecoh, peserta cuba halang penguatkuasa DBKL

Posted: 22 Jun 2013 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekecohan tercetus ketika Perhimpunan Blackout 505 sebentar tadi apabila peserta perhimpunan dikatakan mahu menghalang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada merobohkan beberapa khemah yang didirikan di tengah-tengah Padang Merbok.

Khemah yang difahamkan didirikan peserta Blackout 505 @ Padang Merbok terpaksa dirobohkan DBKL apabila ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang peserta mendirikan khemah di tempat awam.

Ketika cuba menghalang dua anggota DBKL yang bertindak merobohkan khemah mereka, beberapa peserta mula bertindak ganas dengan melakukan kekasaran terhadap pegawai penguatkuasa berkenaan.

Husam Musa ditahan untuk siasatan

Posted: 22 Jun 2013 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan polis hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya. Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok di sini hari ini dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat