Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Karpal Singh sifatkan cadangan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional langkah baik Posted: 27 Jun 2013 02:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyifatkan cadangan mewujudkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah yang baik. "Ini satu langkah yang baik dan harus dipertimbangkan, tapi itu terpulang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui BH Online di Parlimen, di sini, hari ini.
|
Agong lawat Azizan untuk kali kedua di HPP Posted: 27 Jun 2013 02:54 AM PDT GEORGETOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.
Sementara itu, Afif berkata, Azizan dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik. "Kesihatan Azizan sudah beransur baik dengan rawatan namun beliau tidak dibenarkan 'discharge' (keluar) dalam tempoh yang terdekat," katanya. Azizan, 73, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas. Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.
BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. Antara pemimpin yang sudah melawat Azizan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Mahathir, Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |