{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


PM sertai dialog Global 2013 di Tanzania

Posted: 27 Jun 2013 02:34 AM PDT

Daripada RAMLI ABDUL KARIM

DAR ES SALAAM 27 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Tanzania bermula esok untuk menghadiri program dwitahunan Dialog Perkongsian Pintar Global 2013 (Global 2013) di sini.

Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke luar negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga penyertaan pertamanya sebagai Perdana Menteri dalam dialog itu di Afrika setelah ia dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi penganjuran Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1995.

Perdana Menteri yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Julius Nyerere pada pukul 10 malam esok (3 pagi Sabtu, waktu Malaysia) akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya yang turut bertanggungjawab terhadap Tanzania dan Uganda, Ismail Salam berkata, Najib akan mengambil bahagian dalam empat sesi program tersebut iaitu dua sesi dialog dan dua sesi perbincangan kumpulan pemikir.

Selain itu, menurutnya, sepanjang berada di sini, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan hubungan dua hala dengan beberapa ketua kerajaan dari Afrika termasuk menemui Presiden Sri Lanka, Mahindra Rajapaksa dan Presiden Uganda, Yoweri Museveni.

"Pembabitan Malaysia dalam dialog ini akan menunjukkan komitmen kita untuk mengemukakan isu-isu antarabangsa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan Afrika.

"Penyertaan Perdana Menteri dalam dialog ini juga akan membantu merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Tanzania," katanya kepada media Malaysia dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Global 2013 bertemakan Memanfaatkan Teknologi untuk Transformasi Sosioekonomi Afrika dianjurkan oleh organisasi Perkongsian Komanwel untuk Pengurusan Teknologi (CPTM) dan kerajaan Tanzania.

Kali terakhir negara dari benua Afrika menganjurkan dialog itu ialah di Munyonyo, Uganda pada 2009 sebelum disusuli Putrajaya, Malaysia pada 2011. - UTUSAN ONLINE

Kualiti udara seluruh negara terus semakin pulih

Posted: 27 Jun 2013 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih apabila hanya Nilai di Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 2 petang ini.

Walaupun bacaan di Nilai 129, iaitu melepasi paras tidak sihat (101 hingga 200), namun ia lebih baik berbanding 139 pada pukul 11 pagi ini, serta bacaan melebihi 150 petang semalam, lapor Jabatan Alam Sekitar di laman webnya.

Di Bukit Rambai, bacaan IPU pada pukul 2 petang ini ialah 102, lebih baik berbanding 105 pada pukul 11 pagi.

Sementara itu, kawasan-kawasan yang mencapai bacaan bahaya beberapa hari lalu seperti Muar, Pasir Gudang, Pelabuhan Klang dan Seri Manjung kini berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di bawah 100. - UTUSAN ONLINE

Tiga kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Posted: 26 Jun 2013 07:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Jun - Tiga kawasan iaitu Nilai di Negeri Sembilan, Bukit Rambai (Melaka) dan Banting di Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU di Nilai mencapai 145 manakala Bukit Rambai dan Banting masing-masing 109 dan 108. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat