{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Lelaki maut rumah terbakar akibat perbuatan khianat

Posted: 03 Jun 2013 02:28 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Badik 2, Taman Sri Tebrau, di sini malam, semalam, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata mayat Teoh Siang Kiang, 23, yang bekerja di Singapura, ditemui hangus hampir 80 peratus di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan, selepas kebakaran dipadamkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

"Polis dimaklumkan mengenai kebakaran di rumah teres dua tingkat itu menerusi panggilan pada jam 8.34 malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan forensik polis dan bomba mendapati terdapat unsur jenayah dalam kebakaran itu dan polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di sebuah hotel bajet di sini, pada jam 1.40 pagi tadi.

Zainuddin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang berasal dari Muar dan bekerja sebagai penjual durian di bandar raya ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mempunyai masalah mental serta satu rekod jenayah berkaitan cuba merompak.

Beliau berkata, rumah berkenaan yang diubah suai pemiliknya, mempunyai sembilan buah bilik dan diduduki oleh sembilan penyewa termasuk mangsa.

Katanya, mayat Teoh dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api serta Seksyen 302 kanun yang sama kerana bunuh.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ramli Said, berkata dua jentera bersama lapan anggota digegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat kebakaran tersebut pada jam 8.36 malam.

Ramli berkata, api dapat dikawal pada jam 8.45 malam dan mayat Teoh yang ditemui rentung itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

-BERNAMA

Ahli KWSP digesa semak penyata kira-kira

Posted: 03 Jun 2013 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kempen pengiklanan untuk menggesa ahli-ahli menyemak penyata kira-kira KWSP mereka bagi memastikan caruman dibuat dengan teratur.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen tersebut yang bermula hari ini sehingga 14 Jun, akan disiarkan menerusi radio dan televisyen.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata ahli-ahli perlu memeriksa penyata kira-kira mereka untuk mengesahkan caruman dibayar dengan betul dan tepat pada masa.

"Sebagai contoh, mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah perlu menerima 13 peratus caruman daripada majikan manakala ahli yang berpendapatan RM5,000 ke atas pula menerima 12 peratus caruman," katanya.

Nik Affendi berkata KWSP baru-baru ini telah selesai menghantar penyata kira-kira tahunan untuk tahun 2012 kepada 6.85 juta ahli.

"Sebagai pilihan, ahli boleh mendapatkan penyata kira-kira mereka melalui saluran elektronik yang disediakan KWSP - i-Akaun dan Kiosk EPF.

Dengan i-Akaun, ahli mempunyai kemudahan untuk mengakses penyata KWSP pada bila-bila masa.
"Bagi Kiosk KWSP, ahli-ahli boleh mencetak penyata kira-kira mereka menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari," katanya.

Beliau berkata ahli-ahli juga boleh mendapatkan penyata kira-kira di cawangan KWSP berdekatan dengan mengemukakan kad pengenalan mereka.

"Bagaimanapun, KWSP ingin menegaskan sebagai langkah keselamatan ahli tidak dibenarkan mendapatkan penyata kira-kira melalui telefon," katanya.

Niz Affendi berkata ahli-ahli yang berpindah daripada alamat lama diminta untuk mengemas kini alamat kediaman mereka dengan KWSP kerana penyata kira-kira akan diposkan ke alamat kediaman ahli yang berdaftar dalam rekod KWSP.

Ini adalah untuk memastikan penyata yang mempunyai maklumat sulit tidak terjatuh ke tangan pihak lain, katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat