{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Michelle Yeoh dilantik mentor program IM4U

Posted: 04 Jun 2013 03:15 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menjadi individu pertama dilantik sebagai mentor program IM4U.

Majlis penyerahan watikah kepada Michelle Yeoh disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengerusi Lembaga Amanah IM4U di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah IM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Polis tahan suspek kes samun kenderaan

Posted: 04 Jun 2013 03:10 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam empat kes samun kenderaan, selepas trak pikap yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Air Manis, Bakri, dekat Muar, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kemalangan terbabit berlaku pada 10 pagi dan hasil pemeriksaan polis, mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux itu dilaporkan hilang dalam kejadian samun.

"Polis menemui sejumlah mata wang negara ini dan asing dipercayai hasil samun iaitu RM3,668, 50 dolar Singapura, 122 dolar Amerika Syarikat, 6 dolar Brunei, 60 dolar Hong Kong, 20 baht Thailand dan 10,000 rupiah Indonesia, kad pengenalan, dokumen serta empat telefon bimbit milik mangsa samun dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, kedua-dua mereka yang berumur lingkungan 30-an itu dipercayai terbabit kes samun kenderaan di Muar dan Batu Pahat dan kini direman sehingga Khamis.

Katanya, suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan mendatangkan kecederaan serta ujian air kencing juga menunjukkan mereka positif dadah.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan satu kes samun kenderaan dan 10 kes pecah rumah selepas menahan dua lelaki di Taman Pelangi, di sini minggu lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Chevrolet, ditahan selepas polis menerima maklumat dan pemeriksaan ke atas kereta itu kemudian menemui sepucuk pistol revolver .38 bersama 11 butir peluru hidup.
"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di bandar raya ini dan menemui sepasang gari, dua pucuk pistol palsu, selaras senapang gas, selaras senapang kayu buatan sendiri, dokumen diri dan dua telefon bimbit dipercayai hasil samun.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan pecah rumah. Seorang daripada mereka baru dibebaskan daripada Penjara Kluang pada 30 April lalu, selepas empat tahun dipenjara atas kesalahan samun," katanya.

Kedua-dua mereka yang berumur 32 dan 42 tahun itu kini direman untuk siasatan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat