{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Kencing manis: 70% risiko buta, kudung

Posted: 15 Jun 2013 03:16 PM PDT

Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan.

Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara.

Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu.

Kawal gula elak komplikasi

Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

KL, Jakarta perlu tingkat kerjasama

Posted: 15 Jun 2013 03:11 PM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia dan Indonesia mesti saling berganding bahu bagi membanteras jenayah siber serta penyeludupan dadah.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri kerjasama antara kedua-dua negara perlu dipertingkatkan untuk mencapai matlamat itu.

"Kita menyeru tahap kerjasama yang lebih tinggi dengan Indonesia untuk menangani jenayah siber dan penyeludupan dadah. Mesti gembleng tenaga untuk mencapai matlamat sama ini," katanya dalam tweet terbaru beliau, semalam.

Aplikasi 'butang panik'

Melalui tweet lain, Najib berkata, Malaysia akan mempunyai aplikasi 'butang panik' tidak lama lagi bertujuan menyalurkan amaran pantas kepada polis di seluruh negara dalam usaha intensif memerangi jenayah.

Laporan akhbar Ahad lalu memetik Perdana Menteri sebagai berkata, cadangan mewujudkan talian kecemasan khas menghubungkan terus pemanggil dengan Bukit Aman sebagai inisiatif baru kerajaan memerangi jenayah.

Cadangan seorang bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ketika bertemu beliau baru-baru ini, akan dikaji Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM.
Sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi jenayah dilancarkan pada 2010, kadar jenayah negara terus berkurangan dan sehingga April lalu, menurun kepada 3.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pergiat persiapan

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata persiapan sedang dilakukan untuk melaksana perkhidmatan talian khas ke Bukit Aman.

"Semoga dengan talian ini akan ada tindakan cepat oleh PDRM yang bergerak menerusi URB (Unit Rondaan Bermotosikal) yang turut dilengkapi dengan GPS (Sistem Kedudukan Global) bagi mengetahui lokasi secara tangkas selepas laporan kejadian jenayah diterima dari pusat panggilan.

"Arahan Perdana Menteri ini akan memberi manfaat kepada rakyat untuk membuat aduan dengan tindakan pembanterasan segera daripada anggota PDRM," katanya kepada BH.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat