Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Art of Speed Seni dunia automotif Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT GABUNGAN dua jenis kenderaan paling digilai kaum Adam dan Hawa itu nyata memperlihatkan keperkasaannya. UNYI enjin kereta yang garau dan deruman ekzos motosikal yang garang kedengaran dari ruang terbuka Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. Ia sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja berkunjung ke lokasi tersebut. Mana tidaknya, kehadiran 254 pemilik kenderaan Hot Rod terdiri daripada American Muscle Car, Japanese Old School, motosikal custom dan basikal low rider menjadi tarikan utama dalam pameran Art of Speed Malaysia 2013 sehingga berjaya menarik hampir 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Kebanyakan daripada kenderaan itu di reka kemas dan bergaya, sekali gus mencuri perhatian pengunjung dengan idea pengubahsuaian mengikut cita rasa kesenian serta kreativiti masing-masing. Dalam kalangan peminat kereta dan motosikal, acara Art of Speed yang diadakan buat kali kedua itu merupakan antara kelompok paling serius menghimpunkan pakar-pakar pembina kreatif tempatan dan luar negara dalam kerja pengubahsuaian dunia automotif. Sepanjang dua hari acara itu berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk pameran seni yang dihasilkan dalam pelbagai format seperti kanvas, poster, visual bergerak, arca dan kenderaan yang disebut sebagai rolling art. Di samping itu, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat hasil kerja tangan pakar pengubahsuaian yang melakar sejarah baru dalam dunia automotif bina sendiri di Malaysia. Acara kemuncak merupakan acara Rondaan Custom yang menyaksikan pasukan Polis Trafik Malaysia mengiringi perarakan motosikal chopper dan kenderaan custom yang tidak mungkin dapat didaftarkan di Malaysia termasuk kereta American muscle, Volkswagen Beetle dan Combi, retro pick-ups, motosikal Cafe Racer, Choppers, Bobbers dan Harley-Davidson yang sudah diubah suai mengelilingi kota. - SYAHRIL/AZLIZA HAILANI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |