Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 16 Jun 2013 03:08 PM PDT Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih menunaikan haji tahun ini, berikutan arahan terbaru Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah semua negara sebanyak 20 peratus. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Najib nasihat pelajar kita usah terpedaya Posted: 16 Jun 2013 03:05 PM PDT Jakarta: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan. Perdana Menteri berkata, fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar mempercayainya.
"Sebab itu, saya kata takkan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini," katanya pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, semalam. Turut hadir isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan. Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU-13.
Najib meminta pelajar berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 bas untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi. Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia. "Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya berlaku dengan adil mengikut undangundang dan peraturan," katanya. Perangi perang persepsi Najib berkata, BN yang banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun lalu menang secara sah pada PRU-13 Mei lalu, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan dilakukan pembangkang melalui media alternatif lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana. "Untuk PRU akan datang, BN perlu melengkapkan dari segi kemampuan memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya. "Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi," katanya. Perdana Menteri berkata, sungguhpun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |