{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Lelaki mati ditikam di rusuk

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

Pasukan polis mengangkat mayat Wong Fook Lum maut berhampiran pusat beli-belah Times Square, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/ Farah Asyieqin

KUALA LUMPUR 16 Jun - Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan berlumuran darah setelah ditikam di bahagian rusuk kanan dalam keretanya di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Times Square, Jalan Imbi di sini hari ini.

Insiden berlaku pukul 10.50 pagi selepas mangsa, Wong Fook Lum berusia 50-an dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki juga berusia 50-an sebelum itu.

Suspek yang tidak berpuas hati bertindak menyerang mangsa semasa berada dalam kereta Mercedes Benz yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, saksi di tempat kejadian memberitahu ada ternampak mangsa bertengkar dengan suspek yang ketika itu memegang pisau di tangannya sebelum bertindak menikam mangsa dalam kereta tersebut.

"Mangsa dan suspek yang berusia lingkungan 50-an dipercayai bertengkar di tempat letak kereta di luar pusat beli-belah berkenaan.

"Suspek kemudian dipercayai menikam mangsa di bahagian rusuk kanannya sejurus mangsa masuk ke dalam kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek segera melarikan diri menghala ke kawasan pusat beli-belah Sungai Wang selepas menikam mangsa.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemukan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Sehubungan itu, kata Zainuddin, polis meminta bantuan dan maklumat orang ramai untuk menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

"Pihak polis menjejaki suspek yang mempunyai fizikal berbadan kurus dan ketinggian kira-kira 165 sentimeter, berambut pendek serta memakai baju kemeja -T berwarna krim.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Lelaki mati tergantung di tapak pembinaan

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Anggota polis dan pekerja tapak pembinaan menurunkan mayat Casmani yang ditemui tergantung pada jentolak di tapak pembinaan di Jalan Lapangan Terbang dekat Miri, semalam.

MIRI 16 Jun - Seorang lelaki warga Indonesia dijumpai mati dalam keadaan terjerut leher dan tergantung di bahagian pengorek sebuah jengkaut di tapak pembinaan rumah di Jalan Lapangan Terbang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mayat mangsa dikenali sebagai Casmani, 28, ditemukan seorang buruh binaan dalam keadaan tergantung dengan tali nilon diikat pada bahagian pengorek jentera berkenaan.

Menurut saksi, Stanley Pagar, 28, mangsa yang pernah bekerja di tapak pembinaan tersebut dipercayai menuju ke situ untuk bertemu dengan teman wanitanya.

"Saya terus berlari ke tempat kejadian selepas mengetahui kes itu daripada seorang rakan.

"Sebaik tiba, saya terkejut melihat badan lelaki tersebut tergantung pada bahagian pengorek dengan tali nilon menjerut lehernya," katanya di sini hari ini.

Stanley berkata, dia dan rakannya terus memberitahu perkara tersebut kepada penyelia projek pembinaan berkenaan sebelum bersama-sama menurunkan mayat mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia pergi ke tempat kejadian untuk bertemu rakannya.

"Bagaimanapun, hasrat bertemu rakannya itu tidak kesampaian sebelum dia ditemukan maut.

"Setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian bagi mengenal pasti sama ada mangsa membunuh diri atau menjadi mangsa jenayah," katanya.

Kock Keong berkata, setakat ini pihaknya masih mengesan teman wanita mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat