{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Budak beli senapang di internet

Posted: 18 Jun 2013 03:50 PM PDT

Ipoh: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak mengesan pembelian senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi internet oleh seorang pelajar 15 tahun di sini pada Sabtu lalu.

Dikesan kastam

Pembelian dua laras senapang MP5, masing-masing selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol Glock itu dikesan menerusi pengimbas Unit Kastam Pos yang ditempatkan di pejabat Pos Malaysia di sini.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Sasar kurang defisit fiskal

Posted: 18 Jun 2013 03:49 PM PDT

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2014 yang akan dibentangkannya pada 25 Oktober ini menyasarkan mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.

Untuk tujuan itu, Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang diketuainya selaku Menteri Kewangan.

Jawatankuasa itu turut dianggotai menteri Kabinet dan ketua jabatan semua kementerian.

Najib berkata, sasaran Bajet 2014 adalah untuk mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Jana inisiatif transformasi

Kita mahu mengurangkan defisit fiskal tanpa mempertaruhkan perkembangan ekonomi domestik atau sokongan fiskal yang berterusan untuk menjana inisiatif transformasi.

Ini akan dicapai melalui gabungan perbelanjaan berhemah, namun produktif dengan mengukuhkan peningkatan hasil, termasuk pulangan cukai lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya.
Perdana Menteri berkata demikian berucap merasmikan Majlis Konsultasi Bajet 2014 bertemakan Mengotakan Janji Merancakkan Transformasi di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata, kerajaan berada pada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus KDNK tahun lalu kepada empat peratus tahun ini.

Tegasnya, sebagai sebuah negara perdagangan yang aktif, Malaysia terdedah dengan risiko dijejaskan oleh pertumbuhan ekonomi global yang perlahan ketika ini.

Begitupun, ekonomi Malaysia masih berkembang 4.1 peratus pada suku pertama 2013 yang disokong permintaan domestik kukuh, khususnya disumbangkan pelaburan swasta berterusan yang mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 10.9 peratus.

Keyakinan pelabur terus dicerminkan oleh prestasi Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur yang merekodkan paras tertinggi baru selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, katanya.

Tingkat daya saing

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing negara dengan menggalakkan kegiatan ekonomi bernilai tambah lagi inovatif menerusi pelbagai pembaharuan, khususnya subsektor perkhidmatan sejak 2009.

Memandangkan banyak inisiatif sudah sedia ada, saya menggesa sektor swasta supaya merebut peluang untuk melabur dan berinovasi dalam sektor perkhidmatan.

Dengan penyertaan aktif anda (swasta), kita berharap mencapai pelaburan disasarkan RM44.6 bilion bagi sektor itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat