Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
38 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari Posted: 18 Jun 2013 12:41 PM PDT AZRAI MOHAMMAD KUALA LUMPUR 4 Jun - Seramai 38 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi di sebuah pub di Sunway Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi. Serbuan pukul 11.45 malam itu dilakukan oleh empat pegawai bersama 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ketua Operasi D7 Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik pub itu. Katanya, kesemua GRO yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, 13 Vietnam, dua Filipina dan seorang China berusia antara 21 hingga 35 tahun. "Siasatan awal mendapati GRO ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran RM120 bagi sekali langganan atau RM300 untuk satu malam. Menurut Shahrul Nizam, pusat hiburan yang sudah beberapa kali diserbu serta menukar nama itu turut menjual kalungan bunga dan kostum khas kepada pelanggan sebagai bayaran melanggan GRO kegemaran mereka. Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. |
Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT Oleh ASLIZA MUSA IPOH 18 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu. Pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumahnya berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan kurier yang dipesan remaja itu. Lebih mengejutkan, kesemua senjata yang dibeli remaja itu bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88. Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pihaknya masih menyiasat motif dan sumber kewangan remaja bawah umur itu membeli senjata tiruan berkenaan. Beliau berkata, remaja terbabit ditahan susulan rampasan lapan senjata tiruan import tanpa permit yang dikesan selepas pemeriksaan dilakukan mesin pengimbas di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh di sini. "Antara senjata yang dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu adalah jenis M16, raifal MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik," katanya dalam sidang akhbar hari ini. Mohd. Nasir berkata, remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 manakala pihaknya sedang mengesan individu lain terlibat dengan pembelian tiga lagi senjata tiruan yang dirampas. "Kesemua senjata tiruan berkenaan menyerupai senjata sebenar, berkualiti tinggi dan boleh membawa maut jika disalahgunakan. Kebanyakan senjata lain menggunakan peluru getah manakala raifal MP5 pula menggunakan peluru tembaga," katanya. Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, seorang lelaki ditahan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu kerana memiliki senjata tiruan. "Lelaki tersebut ditahan bersama senjata jenis Air Rifle yang dianggarkan bernilai RM758.58 yang melibatkan cukai sebanyak RM303.43," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |