{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Bincang isu media baru, keselamatan

Posted: 02 Jun 2013 03:11 PM PDT

Kuala Lumpur: Cabaran keselamatan baru membabitkan alam siber dan peranan media baru, antara perkara dibangkitkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada siri lawatan dua harinya ke Singapura, berakhir semalam.

Beliau yang menghadiri Dialog Shangri-La sempena Sidang Kemuncak Asia Ke-12 anjuran Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat ASEAN dari negara itu, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Filipina.

Lawatan sulung beliau ke luar negara sejak menjadi Menteri Pertahanan itu bermula dengan sesi perjumpaan khas bersama Menteri-Menteri Pertahanan Negara, Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA).

Bincang isu dua hala

Turut diadakan, perjumpaan bersama Menteri Pertahanan Amerika Syarikat (Setiausaha Pertahanan), Australia, New Zealand, Britain, Perancis, Kanada dan Sri Lanka, bagi membincangkan isu dua hala dan pelbagai hal.

Singapura selaku tuan rumah dialog itu turut mengadakan pertemuan khas bersama Hishammuddin diwakili Menteri Luar Singapura merangkap Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, K Shanmugam.

Syor tak tanding presiden, timbalan

Posted: 02 Jun 2013 03:09 PM PDT

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat hujung tahun ini.

Beliau berkata, gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serasi dan terbaik apabila sepanjang tempoh empat tahun, kepemimpinan mereka tidak menimbulkan masalah kepada parti dan negara.

Di samping itu, katanya kepemimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menjadikan parti lebih kuat dan mampu memberi tumpuan terhadap agenda transformasi negara.

Hasilnya, UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Walaupun undi Melayu berpecah kepada tiga iaitu kepada UMNO, PKR dan PAS, majoriti pengundi menyokong UMNO.

Walaupun UMNO sudah membuat transformasi, parti perlu terus berubah dan parti juga mempunyai masa yang lebih selesa untuk melakukan perubahan, gandingan dua pemimpin utama parti perlu dikekalkan kerana kepemimpinan mereka sudah terbukti, katanya kepada BH.

Undi hampir 150,000 ahli

Hampir 150,000 ahli akan menentukan pucuk pimpinan dari presiden hingga MT berbanding hanya 2,510 perwakilan sebelum ini, manakala pemilihan setiap sayap akan ditentukan 100,000 ahli.
Berikutan itu UMNO akan membentuk pasukan khas diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali untuk turun ke setiap negeri bagi memberi penjelasan mengenai kaedah pemilihan baru sebelum mesyuarat UMNO cawangan yang ditetapkan dari 15 Julai hingga 31 Ogos depan.

Mesti dikekalkan

Mohd Puad berkata, bagi memastikan UMNO terus dan lebih relevan pada masa akan datang selain mampu melaksanakan strategi taktikal menawan hati rakyat, gandingan kedua-dua pemimpin ini mesti dikekalkan.

Sehubungan itu, beliau berharap tiada pemimpin parti yang berhasrat bertanding di kerusi berkenaan kerana tiada yang lebih layak buat masa ini untuk menggantikan Najib dan Muhyiddin.

Secara peribadi, saya tidak nampak siapa yang berpotensi berada di kerusi mereka, katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat