{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Dalam tenang luar kecoh

Posted: 24 Jun 2013 03:45 PM PDT

Penyokong pembangkang merusuh di luar bangunan Parlimen ketika pemimpin mereka menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah

Seorang pegawai polis nyaris buta ditumbuk, 2 lagi cedera

Kuala Lumpur: Dua pegawai dan seorang anggota polis cedera dengan seorang daripadanya nyaris buta diserang peserta perhimpunan haram Blackout 505 yang mencetuskan kekecohan di laluan masuk ke bangunan Parlimen, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, semua pegawai dan anggota polis terbabit sedang bertugas mengawal laluan masuk di Jalan Parlimen bergelut dengan kumpulan terbabit yang enggan bersurai walaupun beberapa kali diarahkan polis berbuat demikian.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

BN wujud makmal politik bincang perubahan

Posted: 24 Jun 2013 03:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan makmal politik dengan memberi tumpuan terhadap perubahan yang harus dilaksanakan parti itu selaras perubahan landskap politik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata makmal yang akan dikendalikan bulan depan diberi tempoh tertentu untuk mencadangkan perubahan yang perlu dilakukan BN dalam bentuk struktur, penjenamaan dan dasar.

Katanya, dengan mengambil kira senario politik semasa dan pencapaian BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), makmal itu dijangka dapat merumuskan langkah yang perlu diambil parti untuk lebih maju pada masa akan datang.

Perubahan dalam BN

"Makmal politik mungkin mengambil masa beberapa hari atau seminggu atau mungkin lebih lagi asalkan kesudahan makmal itu dapat membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan BN sama ada perubahan dalam bentuk struktur, penjenamaan atau dasar atau ketiga-tiga sekali.

"Makmal politik akan disertai semua parti komponen yang akan diawasi Jawatankuasa Pengurusan BN dan pejabat Setiausaha Agung," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, selain tiga wakil bagi setiap parti komponen, makmal politik akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan, personaliti, sektor awam dan generasi muda.

Katanya, pelbagai isu akan dibangkitkan termasuk cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat