{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Eksklusif: Kongsi ayat sesat

Posted: 08 Jun 2013 04:43 PM PDT

Facebook, Twitter sebar ayat al-Quran, hadis tak pasti sumber

Kuala Lumpur: Lebih 60 laman blog yang menyebarkan ajaran sesat dikesan aktif walaupun sudah beberapa kali ditutup pihak berkuasa.

Selain itu, BH juga mendapati penyebaran hadis dan ayat alQuran tidak pasti sumber dan diragui kesahihannya yang sesetengahnya dipalsukan turut berleluasa apabila dikongsi pemilik akaun Facebook dan Twitter.


Panggilan terus ke Bukit Aman banteras jenayah

Posted: 08 Jun 2013 04:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Cadangan mewujudkan talian kecemasan khas menghubungkan terus pemanggil dengan Bukit Aman akan dikaji, sebagai inisiatif baru kerajaan memerangi jenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan kajian syor seorang bekas pegawai tertinggi PDRM ketika bertemu beliau baru-baru ini.

Katanya, talian khas ketika ini digunakan untuk semua cabang perkhidmatan kecemasan untuk bomba, hospital dan polis.

Lebih pantas

"Jika ada sesuatu panggilan, operator terpaksa memikirkan sama ada ia memerlukan tindakan polis, bomba atau hospital dan ini bermakna beberapa minit yang cukup berharga terbuang.

"Jika kita dapat wujudkan talian khas terus kepada Bukit Aman, mangsa dapat berhubung terus dengan polis untuk tindakan lebih pantas," katanya.

Beliau berucap merasmikan Kempen Bersama Membanteras Jenayah (UAC) anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di KLCC Park di sini, semalam.
Perdana Menteri berkata, sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi jenayah dilancarkan pada 2010, kadar jenayah negara terus berkurangan dan sehingga April lalu, berkurangan kepada 3.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menyedari perangkaan bukan ukuran muktamad menggambarkan negara bebas jenayah, sebaliknya pengukur utama ialah bagaimana rakyat atau individu berasakan kehidupan semakin tenteram, bebas daripada perasaan takut terhadap jenayah.

Penyertaan aktif, proaktif

"Oleh itu, saya ingin menyarankan supaya usaha memerangi jenayah dilakukan berterusan dengan komitmen dan kesungguhan tidak berbelah-bahagi sehingga matlamat kita tercapai sepenuhnya.

"Penyertaan secara aktif dan proaktif oleh masyarakat bukan dalam bentuk pasif atau 'lip service'. Jika kita sebagai individu dapat melakukan penyertaan masing-masing secara proaktif dan aktif, saya percaya sokongan dan dukungan daripada komuniti adalah asas penting yang boleh membawa kepada kejayaan memerangi jenayah," katanya.

Najib turut menyentuh peranan pelbagai pihak termasuk persatuan penduduk, pemilik pusat beli-belah, pemilik premis letak kenderaan dan pemaju perumahan.

Beliau menggesa pemilik pusat beli-belah tidak hanya memikirkan keuntungan, sebaliknya memainkan peranan memerangi jenayah dengan menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

Katanya, pemaju perumahan juga mampu berperanan dengan mereka bentuk kawasan perumahan yang mengelak daripada membangunkan lorong atau laluan sunyi.

Diberi perhatian serius

Perdana Menteri turut mengimbas beberapa kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini antaranya penemuan mayat seorang remaja berusia 14 tahun di tempat pembuangan sampah serta kejadian seorang anak memukul ibu sehingga mati semata-mata kerana alat kawalan jauh pendingin udara.

Katanya, selain kes yang menyayat hati itu, kejadian ancaman serta ugutan diterima penguat kuasa juga antara jenayah yang diberi perhatian serius oleh kerajaan.

"Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim) dibunuh dengan kejam baru-baru ini dan inilah cabaran yang perlu dihadapi dalam perjuangan kita memerangi jenayah," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat